Categories
SELANGOR

RM1.044 bilion hasil negeri dikembalikan kepada rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Selangor mencatatkan sejumlah RM1.044 bilion hasil negeri yang dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang penggal lalu.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada penggal ini ekoran kesedaran tinggi di kalangan masyarakat untuk mengambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.

selangor“Pada penggal pertama fokus kami adalah untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui dasar MES. Pada penggal kedua ini kita teruskan program yang ada ini dan kita beri tambah nilai. Kita sedang meniliti perkhidmatan tambahan yang boleh disalurkan.
“Kerajaan Selangor faham keperluan rakyat sentiasa dinamik dan progresif. Jadi kita tambah perbelanjaan itu. Kalau dulu kita ada Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel) yang masih kita kekalkan tetapi sekarang lebih kepada bantuan tambahan untuk peniaga kecil memiliki aset seperti kenderaan untuk menambah pendapatan mereka,” kata beliau.

Rodziah berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak di Intekma Resort di sini, semalam.

RodziahTambah beliau lagi, statistik program MES juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kesedaran yang tinggi rakyat untuk meningkatkan taraf hidup melalui program yang disediakan.

Statistik MES sehingga 31 Disember 2013 menunjukkan Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sebanyak RM1,044,511,342.86 hasil Kerajaan Negeri bagi dinikmati rakyat negeri itu dengan melibatkan hampir 1.6 juta keluarga penerima faedah.

Hasil negeri itu dikongsikan melalui 17 skim di bawah program MES seperti Insentif Perkahwinan Belia, Skimsel, Skim Bantuan Asuhan Rakyat, Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar), Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan lain-lain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.