Categories
BERITA UTAMA

Satu Jam bersama Obama

Oleh: Dyana Sofya

27 April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya. Saya amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri sesi satu jam bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama.

Berada di dalam Dewan Tuanku Canselor Univeristi Malaya bersama beliau, menyaksikan Presiden Amerika keturunan Afrika-Amerika pertama dalam sejarah dan menerima kata-kata galakan dan motivasi dari beliau sendiri adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Walaupun ramai di antara kita kecewa dengan soalan ditujukan kepada presiden pada sesi soal jawab , kita harus menghargai hasil positif majlis itu dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Young Southeast Asia Leaders Initiative (YSEALI) kerana menganjurkan majlis yang bersejarah dan jarang-jarang berlaku di Malaysia ini.

Dyana's attempt to selfie with ObamaPresiden Obama mengambil inisiatif – atau seperti yang dikatakannya , memilih ” untuk bergembira … untuk mendengar terus dari orang-orang muda ” – meluangkan masa satu jam bersama para pemimpin anak muda dari seluruh Asia Tenggara.

Malangnya di negara kita, tidak ramai pemimpin yang mahu melakukan perkara yang sama untuk melibatkan diri dengan orang-orang muda, menggalakkan mereka untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembinaan negara dan mempunyai keupayaan untuk memberi galakan dan inpirasi benar-benar ikhlas kepada orang-orang muda ini.

Saya gembira Presiden merasakan bahawa pendapat orang muda perlu diambil serius. Melihat kepada wajah-wajah muda yang mengambil bahagian dalam acara itu, kebanyakan mereka adalah mahasiswa yang menurut undang-undang kita tidak lama dahulu telah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam politik partisan negara.

Usaha Presiden Obama dalam melibatkan diri dengan orang muda harus dipuji. Young Southeast Asia Leaders inisiatif hasil idea dari Obama sendiri merantau ke seluruh Asia Tenggara , mencari peluang untuk mendengar perkongsian anak-anak muda tentang idea-idea mereka, menggalakkan pertukaran pendapat dan buah fikiran juga menghubungkan mereka di antara satu sama lain.

Beliau mengiktiraf impak anak-anak muda terhadap dunia, beliau juga menghargai penglibatan masyarakat sivil (civil societies) dalam masyarakat kita.

Presiden Obama memperuntukkan satu jam lagi untuk bertemu pemimpin masyarakat sivil di antaranya dari Suhakam , BERSIH , Majlis Peguam, dan Islamic Renaissance Front. Mereka ini jarang sekali mendapat walau satu jelingan pun dari sesetengah pemimpin negara kita.

Malaysia adalah sebuah negara yang muda

Hampir dua pertiga daripada penduduk di Asia Tenggara adalah di bawah usia 35 tahun. Malaysia sendiri adalah sebuah negara yang muda . Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 64 peratus daripada penduduk Malaysia berusia bawah 35 tahun.

Peratusan pengundi di bawah 40 pada PRU lepas ialah 42 peratus. Peratus yang agak besar menunjukkan anak-anak muda mempunyai suara yang agak kuat jika kita memilih untuk bersuara.

Kami boleh menentukan siapa yang sepatutnya berada di tampuk kuasa. Kami mempunyai keupayaan untuk mengubah arah tuju negara ini. Ini termasuk berkenaan dasar-dasar mana yang perlu dikuatkuasakan dan undang-undang apa yang patut dilaksanakan .

Anak-anak muda perlu bersemangat, ada kemahuan untuk terlibat , rajin menuntut ilmu sebelum terlalu gopoh untuk menegakkan apa yang mereka percaya supaya pendapat mereka diambil serius dan perjuangan mereka membawa makna.

Jika tidak, rugilah masa dan perhatian yang diberikan kepada mereka. Ingin menjadi lantang dan mahu bersuara adalah perkara yang terpuji tetapi harus diingat bahawa ianya memalukan apabila yang jahil dan sombong terlalu kuat berbicara.

Anak muda juga harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik. Libatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha kita dan juga mendengar suara kita, bukannya sebagai hanya satu lagi muka muda untuk selfie bersama sahaja.

Anak-anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia. Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa atau force yang disegani.

Pakatan Rakyat melihat kepentingan orang muda dalam hal ini, seperti yang terbukti pada majlis Townhall , Ahli Parlimen dan ADUN muda dari Pakatan Rakyat telah dijemput kerana mereka sebenarnya cukup muda untuk mengambil bahagian dalam acara khas untuk peserta di bawah umur 35 tahun.

Namun begitu, saya tidak nampak wakil rakyat dari parti pemerintah di dalam acara tersebut kecuali, YB Menteri Belia & Sukan. Ini terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa pihak pembangkang memberi kepercayaan yang utuh dan amanah kepada anak-anak muda.

Prinsip-prinsip asas dikongsi mewujudkan perpaduan

Presiden Obama juga mengingatkan kita bahawa kita perlu memastikan kita bersuara di dalam kehidupan seharian dan berada di sisi politik yang menyatupadukan masyarakat dan bukannya memisahkannya. Kita juga harus menghormati prinsip asas yang dikongsi oleh pelbagai agama di dunia ini.

Jika kita tidak dapat menghormati prinsip-prinsip asas , contohnya love thy neighbour, speak the truth, do no harm dan do unto others what you would have them do unto you, ketamadunan kita akan terus mundur kebelakang dan bukannya maju ke depan.

Prinsip-prinsip asas yang dikongsi bersama oleh semua agama menunjukkan bahawa perbezaan antara kita adalah cetek dan persamaan kita lebih dalam.

Prinsip-prinsip ini mampu mewujudkan perpaduan tanpa mengira agama dan warna kulit di mana perbezaan kita tidak lagi membawa masalah tetapi kita tertanya-tanya mengapa kita masih sentiasa mempunyai konflik antara kaum dan agama?

Kita harus melihat kembali prinsip-prinsip asas untuk sama-sama maju dan bergerak ke hadapan, ke arah perpaduan, Malaysia yang bersatu padu. Kita juga perlu memupuk cinta kita untuk negara Malaysia dan melakukan apa sahaja yang termampu untuk kebaikan dan keagungan tanah air kita bersama.

Patriotisme adalah cool. Perkauman pula tidak.

Saya memetik Obama, “Kita mesti mengakui bahawa demokrasi tidak berhenti hanya dengan pilihan raya , mereka juga bergantung kepada institusi yang kukuh dan masyarakat sivil yang subur dan ruang politik terbuka, dan toleransi orang -orang yang berbeza daripada yang anda.

Kita perlu mewujudkan satu . Persekitaran di mana hak setiap warganegara , tanpa mengira bangsa atau jantina, atau atau agama bukan sahaja dilindungi, tetapi dihormati. ”

Saya bersetuju dengan Presiden Obama. Jadi, adakah anda juga setuju dengan saya ?

27 April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya.

Bukan hanya kerana saya dapat menghadiri acara Townhall yang bersejarah , saya menontoh persembahan tarian dabus dari Perak yang semakin ditelan zaman anjuran Pusaka , saya juga bertemu seniawati Sofia Jane popular dengan watak Tun Teja di dalam Puteri Gunung Ledang, saya juga dapat fistbump Presiden Amerika Syarikat, Obama sendiri!

* Dyana Sofya adalah Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang

Leave a Reply

Your email address will not be published.