Categories
NASIONAL

Obama perlu nyata pendirian skandal 1MDB Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 NOV: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama patut menyentuh isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) ketika bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke negara ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat, berkata sikap enggan menyentuh skandal 1MDB memberikan persepsi negatif Pentadbiran White House hanya berminat menjaga kepentingan geopolitiknya sahaja.

najib-and-obama-in-2011Katanya, hal ini berikutan pentadiran Najib diketahui seluruh dunia berhadapan isu akuntabiliti masih tidak menerima sebarang teguran Obama.

“Jika Obama tidak bertanyakan isu 1MDB dan isu kebebasan kepada Najib membuktikan Obama hanya berminat mempersoalkan pentadbiran negara mempunyai akuntabiliti demi kepentingan geopolitiknya,” kata Chin Huat.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Bersih 2.0 dan Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di pejabat Bersih di sini, hari ini.

Bersih 2.0 turut menggesa Kerajaan Persekutuan menggugurkan siasatan dan pertuduhan bermotifkan politik terhadap aktivis masyarakat dan juga ahli politik pembangkang.

“Kerajaan tidak wajar berlakon seolah-olah negara mengamalkan demokrasi di hadapan tetamu antarabangsa tetapi sebaliknya dalam diam menjadi duri dalam amalan demokrasi sihat di negara ini.

“Kerajaan ini diseru menghentikan langkah menindas menggunakan undang-undang ini dan menumpukan secara ikhlas kepada penambahbaikan institusi undang-undang demi kebaikan rakyat,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

PKR: Tangguh bincang TPPA, Obama patut batal jumpa Najib

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 30 SEP: Amerika Syarikat patut menggantung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific (TPP) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan beliau terpalit dalam skandal kewangan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Najib digambarkan sedang disiasat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menurut laporan akhbar The New York Times pada 21 September lalu.

Wan AzizahPerkembangan itu memberikan kesan kepada kebebasan dan imej Malaysia di mata dunia selain menyumbang kepada sentimen buruk pelabur.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini apabila seorang Perdana Menteri disiasat oleh sebuah negara asing atas tuduhan jenayah.

“Siasatan terhadap Najib merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara dikala berlangsungnya rundingan TPP yang sudah mengundang pelbagai kontroversi.

“Pelbagai skandal dan tuduhan terhadap Najib kebelakangan ini juga menjatuhkan lagi kreadibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Mereka turut mengingatkan Najib supaya tidak menjadikan tekanan penyiasatan Amerika Syarikat sebagai alasan untuk menandatangani perjanjian TPP yang membelakangkan kepentingan dan kedaulatan negara.

tppaDalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama disaran membatalkan perjumpaan bersama Najib yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan selesai.

Keadaan itu bagi mengelakkan persepsi buruk kepada kedua-dua pihak.

EZY

Categories
NASIONAL

Obama: Kes Anwar tak telus, Malaysia perlu faham sistem demokrasi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JUN: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi amaran kepada Malaysia dalam isu pendakwaan berprofil tinggi membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak mempunyai ketelusan.

Beliau berkata, Malaysia perlu memahami sistem demokrasi bukan sekadar mengadakan plihan raya supaya rakyat melihat keterbukaan dan ketelusan kerajaan terhadap sesuatu perkara.

AnwarKatanya, ia membabitkan kebebasan bersuara, media dan perhimpunan aman kerana perkara itu menggambarkan sistem demokrasi yang berjaya.

“Malaysia mempunyai sejarah demokrasi yang perlu dipelihara. Proses perbicaraan dan kes perlu dijalankan secara terbuka dengan bukti yang telus terutama jika kes itu membabitkan Ketua Pembangkang terkenal jika tidak mahu ia dipersoalkan.

“Apa yang anda tidak mahu ialah keadaan kesahihan proses itu dipersoalkan, jika tidak ia akan memberikan kesan buruk kepada demokrasi secara keseluruhannya,” katanya.

Obama berkata demikian selepas menjawab soalan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang menyertai Inisiatif Kepimpinan Asia Young Tenggara (YSEALI) di Rumah Putih, baru-baru ini.

121204_barack_obama_ap_605Bee Yin bertanya pandangan Obama berkenaan demokrasi di Malaysia terhadap penahanan Anwar, baru-baru ini.

Obama berpandangan, setiap orang perlu menghormati hak individu lain walaupun jika perkara itu tidak dipersetujui kerana demokrasi tidak boleh berkembang dalam jangka masa panjang.

“Di Amerika, demokrasi itu berjaya dilaksanakan kerana orang bebas menyatakan pendapat masing-masing tidak kira kerajaan atau pembangkang,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA

Satu Jam bersama Obama

Oleh: Dyana Sofya

27 April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya. Saya amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri sesi satu jam bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama.

Berada di dalam Dewan Tuanku Canselor Univeristi Malaya bersama beliau, menyaksikan Presiden Amerika keturunan Afrika-Amerika pertama dalam sejarah dan menerima kata-kata galakan dan motivasi dari beliau sendiri adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Walaupun ramai di antara kita kecewa dengan soalan ditujukan kepada presiden pada sesi soal jawab , kita harus menghargai hasil positif majlis itu dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Young Southeast Asia Leaders Initiative (YSEALI) kerana menganjurkan majlis yang bersejarah dan jarang-jarang berlaku di Malaysia ini.

Dyana's attempt to selfie with ObamaPresiden Obama mengambil inisiatif – atau seperti yang dikatakannya , memilih ” untuk bergembira … untuk mendengar terus dari orang-orang muda ” – meluangkan masa satu jam bersama para pemimpin anak muda dari seluruh Asia Tenggara.

Malangnya di negara kita, tidak ramai pemimpin yang mahu melakukan perkara yang sama untuk melibatkan diri dengan orang-orang muda, menggalakkan mereka untuk menjadi sebahagian daripada usaha pembinaan negara dan mempunyai keupayaan untuk memberi galakan dan inpirasi benar-benar ikhlas kepada orang-orang muda ini.

Saya gembira Presiden merasakan bahawa pendapat orang muda perlu diambil serius. Melihat kepada wajah-wajah muda yang mengambil bahagian dalam acara itu, kebanyakan mereka adalah mahasiswa yang menurut undang-undang kita tidak lama dahulu telah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam politik partisan negara.

Usaha Presiden Obama dalam melibatkan diri dengan orang muda harus dipuji. Young Southeast Asia Leaders inisiatif hasil idea dari Obama sendiri merantau ke seluruh Asia Tenggara , mencari peluang untuk mendengar perkongsian anak-anak muda tentang idea-idea mereka, menggalakkan pertukaran pendapat dan buah fikiran juga menghubungkan mereka di antara satu sama lain.

Beliau mengiktiraf impak anak-anak muda terhadap dunia, beliau juga menghargai penglibatan masyarakat sivil (civil societies) dalam masyarakat kita.

Presiden Obama memperuntukkan satu jam lagi untuk bertemu pemimpin masyarakat sivil di antaranya dari Suhakam , BERSIH , Majlis Peguam, dan Islamic Renaissance Front. Mereka ini jarang sekali mendapat walau satu jelingan pun dari sesetengah pemimpin negara kita.

Malaysia adalah sebuah negara yang muda

Hampir dua pertiga daripada penduduk di Asia Tenggara adalah di bawah usia 35 tahun. Malaysia sendiri adalah sebuah negara yang muda . Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 64 peratus daripada penduduk Malaysia berusia bawah 35 tahun.

Peratusan pengundi di bawah 40 pada PRU lepas ialah 42 peratus. Peratus yang agak besar menunjukkan anak-anak muda mempunyai suara yang agak kuat jika kita memilih untuk bersuara.

Kami boleh menentukan siapa yang sepatutnya berada di tampuk kuasa. Kami mempunyai keupayaan untuk mengubah arah tuju negara ini. Ini termasuk berkenaan dasar-dasar mana yang perlu dikuatkuasakan dan undang-undang apa yang patut dilaksanakan .

Anak-anak muda perlu bersemangat, ada kemahuan untuk terlibat , rajin menuntut ilmu sebelum terlalu gopoh untuk menegakkan apa yang mereka percaya supaya pendapat mereka diambil serius dan perjuangan mereka membawa makna.

Jika tidak, rugilah masa dan perhatian yang diberikan kepada mereka. Ingin menjadi lantang dan mahu bersuara adalah perkara yang terpuji tetapi harus diingat bahawa ianya memalukan apabila yang jahil dan sombong terlalu kuat berbicara.

Anak muda juga harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik. Libatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha kita dan juga mendengar suara kita, bukannya sebagai hanya satu lagi muka muda untuk selfie bersama sahaja.

Anak-anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia. Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa atau force yang disegani.

Pakatan Rakyat melihat kepentingan orang muda dalam hal ini, seperti yang terbukti pada majlis Townhall , Ahli Parlimen dan ADUN muda dari Pakatan Rakyat telah dijemput kerana mereka sebenarnya cukup muda untuk mengambil bahagian dalam acara khas untuk peserta di bawah umur 35 tahun.

Namun begitu, saya tidak nampak wakil rakyat dari parti pemerintah di dalam acara tersebut kecuali, YB Menteri Belia & Sukan. Ini terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa pihak pembangkang memberi kepercayaan yang utuh dan amanah kepada anak-anak muda.

Prinsip-prinsip asas dikongsi mewujudkan perpaduan

Presiden Obama juga mengingatkan kita bahawa kita perlu memastikan kita bersuara di dalam kehidupan seharian dan berada di sisi politik yang menyatupadukan masyarakat dan bukannya memisahkannya. Kita juga harus menghormati prinsip asas yang dikongsi oleh pelbagai agama di dunia ini.

Jika kita tidak dapat menghormati prinsip-prinsip asas , contohnya love thy neighbour, speak the truth, do no harm dan do unto others what you would have them do unto you, ketamadunan kita akan terus mundur kebelakang dan bukannya maju ke depan.

Prinsip-prinsip asas yang dikongsi bersama oleh semua agama menunjukkan bahawa perbezaan antara kita adalah cetek dan persamaan kita lebih dalam.

Prinsip-prinsip ini mampu mewujudkan perpaduan tanpa mengira agama dan warna kulit di mana perbezaan kita tidak lagi membawa masalah tetapi kita tertanya-tanya mengapa kita masih sentiasa mempunyai konflik antara kaum dan agama?

Kita harus melihat kembali prinsip-prinsip asas untuk sama-sama maju dan bergerak ke hadapan, ke arah perpaduan, Malaysia yang bersatu padu. Kita juga perlu memupuk cinta kita untuk negara Malaysia dan melakukan apa sahaja yang termampu untuk kebaikan dan keagungan tanah air kita bersama.

Patriotisme adalah cool. Perkauman pula tidak.

Saya memetik Obama, “Kita mesti mengakui bahawa demokrasi tidak berhenti hanya dengan pilihan raya , mereka juga bergantung kepada institusi yang kukuh dan masyarakat sivil yang subur dan ruang politik terbuka, dan toleransi orang -orang yang berbeza daripada yang anda.

Kita perlu mewujudkan satu . Persekitaran di mana hak setiap warganegara , tanpa mengira bangsa atau jantina, atau atau agama bukan sahaja dilindungi, tetapi dihormati. ”

Saya bersetuju dengan Presiden Obama. Jadi, adakah anda juga setuju dengan saya ?

27 April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya.

Bukan hanya kerana saya dapat menghadiri acara Townhall yang bersejarah , saya menontoh persembahan tarian dabus dari Perak yang semakin ditelan zaman anjuran Pusaka , saya juga bertemu seniawati Sofia Jane popular dengan watak Tun Teja di dalam Puteri Gunung Ledang, saya juga dapat fistbump Presiden Amerika Syarikat, Obama sendiri!

* Dyana Sofya adalah Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang

Categories
NASIONAL

Obama balik, SOSMA mengganas tahan 10 individu

SHAH ALAM, 30 APRIL: Penahanan 10 rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.

Bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, berkata perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

“Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas berkenaan pembabitan mereka,” katanya dipetik Harakah Daily.

Syed Ibrahim Syed NohSyed Ibrahim berkata, tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.

Katanya, akta terbabit yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini walaupun ada peluang dibicarakan serta membela diri.

“Nampak seakan SOSMA lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta itu,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang ditahan bawah SOSMA boleh dibicarakan selepas 28 hari penahanannya, bagaimanapun sebelum tempoh itu mereka boleh dibawa ke mahkamah atau dikenakan alat peranti untuk memudahkan pengesanan dilakukan.

anti-isa“Jika mahkamah membebaskan mereka, kerajaan boleh terus membuat rayuan. Sementara rayuan itu, mereka akan terus ditahan. Ini yang dikatakan penahanan berterusan,” jelas beliau yang juga Naib Presiden IKRAM.

Syed Ibrahim berkata, jika kes biasa, seseorang itu boleh diikat jamin dan dibebaskan sementara kes rayuan didengar.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa badan hak asasi yang mengambil peranan berhubung isu terbabit.

“Ada beberapa badan hak asasi sedang meneliti isu itu termasuk para peguam. Memandangkan ISA sudah dimansuhkan, maka GMI juga dimansuhkan.

“Bagaimanapun, saya bersedia jika dipanggil untuk bersama meneruskan kempen penentangan terhadap akta drakonian yang ada,” katanya.

JURNAL BERITA – Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

1. Selangor tidak beku Lesen Pendudukan Sementara

2. Kerajaan Negeri sedia dedah kandungan kimia Kolam Hang Tuah

3. Dua pam mula operasi 12 jam sehari, aliran sungai jadi optimum

4. Najib bohong kes Anwar pada sidang media Obama

5. Obama perlu bersuara, beritahu Najib rekod hak asasi Malaysia teruk

6. TPPA: Obama datang Malaysia, penjajahan era baru Amerika

7. TPPA agenda Amerika Syarikat jajah ekonomi Malaysia

8. Tragedi MH370: Najib, Hishamuddin perlu letak jawatan

9. 26 cerun sekitar Ampang kritikal, perlu penyelesaian segera

10. Rakyat Selangor perlu sertai skim TAWAS, penting tuntut RM1,500

11. Johari : 7 kawasan bakal laksana pemilihan semula

Categories
NASIONAL

Najib bohong kes Anwar pada sidang media Obama

KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kes Fitnah II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kes peribadi antara seorang individu dengan individu lain sangat mengejutkan, tidak jujur dan palsu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran, berkata tindakan Najib itu membuktikan beliau secara terang-terangan berbohong perkara itu ketika mengadakan sidang media bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, baru-baru ini.

“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara.

surendran“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya yang dipetik daripada Keadilan Daily, hari ini.

Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.

Surendran berkata, penafian terbabit adalah tindakan pura-pura yang memalukan, kerana Najib sendiri dikaitkan apabila beliau secara peribadi bertemu saksi utama kes, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian fitnah itu dikatakan berlaku.

“Kalau ia aduan seseorang yang tidak membabitkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden?

najib-obama“Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib berkenaan pertemuan jahat ini,” katanya.

Beliau berkata, Najib juga sengaja mengabaikan kebimbangan luas pemerintah dan organisasi dari seluruh dunia terhadap dakwaan ke atas Anwar dan secara hipokrit menyatakan bahawa Fitnah II adalah kes biasa.

“Kenyataan Najib tak masuk akal, memalukan negara di hadapan media antarabangsa dan Presiden AS yang melawat negara ini,” katanya.

Categories
NASIONAL

Anwar: Obama perlu tumpu nilai demokrasi bukan perdagangan sahaja

SHAH ALAM 26 APRIL: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Amerika Syarikat supaya menumpukan soal nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Anwar berkata, lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara Asia termasuk Malaysia tidak wajar hanya berkisar kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja.

ObamaKatanya, lawatan Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya.

Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Washington Post hari ini, ketika Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .

Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Barack Obama hadapi tekanan Najib tiada pertemuan Ketua Pembangkang

SHAH ALAM 24 APRIL: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.

Katanya, beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menemuinya apabila Presiden Amerika itu melawat Malaysia minggu depan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPPA ).

Obama“Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA.

“Beberapa negara termasuk Iran, Iraq dan Afghanistan telah menandatangani TPPA , kata Anwar dipetik Malaysiakini.

Sambil menegaskan sokongan Pakatan Rakyat terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika, Anwar berkata: “Kami menyokong perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tetapi kami tidak bersetuju dan tidak menyokong TPPA.” .

“Walaupun perjanjian perdagangan bebas adalah penting kerana ia menghapuskan tarif , kuota import dan keutamaan, tetapi terdapat peruntukan tertentu yang bercanggah dengan keperluan dan kepentingan industri tempatan dan masyarakat perniagaan kita .

“Kita mesti melindungi kepentingan ahli-ahli perniagaan tempatan,” kata Anwar, sambil mendakwa bahawa Najib telah bersetuju dengan semua peruntukan di bawah TPPA.

AnwarMengenai lawatan Obama ke Malaysia, Anwar berkata: “Kedutaan AS di Kuala Lumpur menjelaskan kepada saya bahawa Obama tidak akan bertemu dengan pemimpin pembangkang apabila beliau turut melawat Filipina , Korea dan Jepun.

“Tetapi kedutaan mencadangkan saya bertemu Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Susan Rice, yang akan mengiringi presiden dalam lawatan ke Malaysia,” kata Anwar dalam sidang media petang semalam.

Katanya, beliau akan mengesahkan dengan Kedutaan Amerika kemudian dan akan mencadangkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin PAS juga dijemput untuk bertemu dengannya.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin dunia telah menyatakan minat untuk bertemu dengan beliau, berkaitan pemahaman mereka bahawa beliau akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

“Mereka telah menyatakan kebimbangan tentang saya akan dipenjarakan, dan apabila saya berada di London baru-baru ini, dalam satu majlis makan malam dengan bekas Naib Presiden AS Al Gore dan pemimpin dunia yang lain, mereka juga mencadangkan agar saya menetap di London dan tidak kembali ke Malaysia kerana saya boleh dipenjaraksn.

“Mereka tahu bahawa Najib akan menggunakan mahkamah untuk memanjarakan saya. Malah beliau telah mengarahkan Peguam Negara untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi menambah hukuman lima tahun penjara ke atas saya.

“Malah seorang menteri kabinet British, yang bersarapan dengan saya pagi Rabu lalu, memujuk saya supaya menetap di London.

“Saya memberitahunya bahawa saya tidak akan lari kerana saya percaya Tuhan akan memberi keadilan kepada saya,” katanya.