Categories
NASIONAL

SPR umum PRK Teluk Intan 31 Mei, penamaan calon 19 Mei

SHAH ALAM, 8 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini, manakala hari penamaan calon adalah pada 19 Mei.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut memaklumkan tarikh pengundian awal, pada 27 Mei ini.

PRK itu akan menggunakan daftar pemilih induk 2012 digabungkan dengan daftar pemilih 2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.

spr on black 01Beliau turut memaklumkan kempen PRK di parlimen berkenaan akan berlangsung selama 12 hari iaitu enam hari selepas PRK Parlimen Bukit Gelugor yang berakhir, pada 25 Mei ini.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng, 48, yang meninggal dunia kerana penyakit kanser.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 7.45 pagi, pada 1 Mei lalu

Leong menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.