Categories
SELANGOR

43 projek ‘Selangorku Sejahtera’ dibangun bawah PBT

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 JUN: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM16 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara keseluruhan di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perkara terbabit pada Majlis Apresiasi Star Rating PBT negeri 2014, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Teng Chang Khim, berkata peruntukan yang diluluskan itu akan meliputi 43 projek yang dipakejkan dengan nama ‘Selangorku Sejahtera’.

v2“Ia sudah diluluskan dan peruntukan pembangunan itu akan disalurkan kepada PBT secara keseluruhannya,” katanya.

Teng berkata, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan peruntukan lain daripada semasa ke semasa termasuk pembelian peralatan dan sedang menyelaraskan masalah sisa pepejal di Selangor dengan proaktif.

“Antara langkah yang akan diambil adalah penyediaan draf enakmen rang undang-undang pengurusan dan pembuangan sisa pepejal di negeri ini.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga kini sedang meningkatkan kajian terperinci perkhidmatan pengurusan sampah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.