Categories
SELANGOR

6 kriteria utama teras pemilihan kakitangan cemerlang MBSA

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Datuk Bandar 2013 bagi menghargai jasa dan sumbangan kakitangannya, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata,anugerah disampaikan khusus bagi menghargai khidmat warga kerjanya yang komited mengangkat imej MBSA sebagai salah sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik.

Katanya, penganugerahan itu juga adalah usaha berterusan pihaknya untuk menjadikan MBSA sebuah organisasi yang berjaya dan disegani.

IMG_8403“Anugerah seperti ini adalah dorongan kepada seluruh warga kerja MBSA untuk lebih berdaya saing dengan organisasi khususnya PBT lain di Selangor.

“Dengan pemberian anugerah ini, pihak MBSA berharap penerima dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang dan komited terhadap tugas yang diamanahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis anugerah itu disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Sakiman dan dihadiri Datuk Bandar, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan serta lebih 1,000 warga kerja MBSA yang diadakan di Dewan Auditorium MBSA, pada 29 Mei lalu.

Seramai 103 orang warga kerja MBSA daripada pelbagai gred dan jawatan dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sementara lima yang lain menerima Anugerah Khas Datuk Bandar.

IMG_8391Penerima anugerah menerima hadiah prestasi berjumlah RM1,000 setiap seorang serta sijil Anugerah Khidmat Cemerlang serta sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasinal (BSN) bernilai RM400.

Sementara itu, bagi Anugerah Khas Datuk Bandar, penerima diberikan hadiah prestasi berjumlah RM3,000, sijil penghargaan dan trofi.

Penganugerahan dinilai daripada segi kebertanggungjawaban, prestasi memberangsangkan, kemampuan menyelesaikan tugas dengan baik, prestasi perkhidmatan yang baik, usaha serta komitmen dalam menjalankan tugas yang diberi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.