Categories
SELANGOR

Setiap inci Selangor mampu jadi lokasi penyebaran ilmu secara meluas

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor mampu menjadi pelopor dan pemangkin kepada ‘Engaged Learning’ menggunakan komunikasi maklumat (ICT) terutama dalam kurikulum universiti di negara ini.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times, Datuk A Kadir Jasin, berkata Kerajaan Negeri melalui Universiti Selangor (UNISEL) hanya perlu memainkan peranan melaksanakan langkah sesuai bagi merealisasikan perkara itu.

Katanya, UNISEL mampu mewujudkan kelainan dalam menggunakan ICT untuk menghubungkan institut pengajian tinggi dengan rakyat paling bawah.

_MG_0780“Tetapi teknologi yang ada tidak semestinya produktif kerana dia boleh jadi ‘senjata makan tuan’ apabila kita tidak mengajar cara menggunakan kemudahan ICT ini dengan betul.

“Jadi, di sinilah peranan yang perlu dimainkan, kita mahu bukan sahaja di peringkat universiti tetapi turut mendekati peringkat tadika membetulkan yang tidak betul dan memperkasakan apa yang betul.

“Kita mahu setiap inci Selangor ini menjadi tempat belajar untuk mencari dan menyebarkan ilmu,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Engaged Learning Komunikasi dan Maklumat untuk Pembangunan Teknologi (CITD) yang disempurnakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Pelajar Unisel CemerlangPersidangan yang disertai 120 orang daripada 23 buah negara itu dianjurkan UNISEL dengan kerjasama Asian Institute for Development Communication Malaysia (Aidcom) serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui United Nations Asian dan Universiti Cornell, Amerika Syarikat.

“Kalau UNISEL mampu melaksanakan kesimpulan dan penemuan daripada persidangan diadakan pada hari ini, saya rasa universiti ini mampu menjadi pelopor. Kami hanya bertindak sebagai pemudah cara yang lain terserah kepada UNISEL,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.