Categories
NASIONAL

Altantuya: Rayuan pendakwa mula didengar Mahkamah Persekutuan

SHAH ALAM, 23 JUN: Mahkamah Persekutuan menjadi perhatian apabila ia akan memutuskan kes berprofil tinggi membabitkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.

Memetik Malaysia Kini, mahkamah itu akan mendengar rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terhadap pertuduhan membunuh Altantuya.

altantuyaPada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 2009.

Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara jam 10.00 malam 19 Oktober dan 1.00 pagi, pada 20 Oktober 2006.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah dua anggota polis terbabit.

Kesalahan mereka dilaporkan tidak dibuktikan dengan memuaskan dan oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.