Categories
NASIONAL

Keputusan Pemilihan PKR 2014 diumum Ramadan

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 23 JUN: Rayuan atau bantahan pemilihan jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh dibuat melalui Jawatankuasa Rayuan selepas pemilihan terakhir yang akan berlangsung, pada 28 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya tidak akan menerima aduan dan rayuan terhadap pemilihan selepas tarikh itu.

Katanya, jawatankuasa rayuan itu akan dipengerusikan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Pemilihan 2014“Kalau ada pihak daripada sebarang cabang ingin membuat bantahan atau aduan, mereka diberikan satu lagi ruang di jawatankuasa rayuan.

“Namun, ia tidak ada kuasa eksekutif untuk sebarang tindakan, jawatankuasa itu hanya boleh menasihati MPP apakah tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Bagi pemilihan 28 Jun ini, pemilihan akan dijalankan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung membabitkan lima cabang di Sabah iaitu Tenom, Persiangan, Keningau, Papar dan Semporna.

Bagi Sarawak pula adalah Batang Sadong, Julai, Sarekei, Kapit dan Limbang, manakala kawasan Semenanjung membabitkan Sungai Besar, Subang, Kelana Jaya, Sepang serta Puchong.

johari-abdul“Semua peti undi akan dibawa terus ke Ibu Pejabat PKR di tingkat satu yang diawasi Kamera Litar Tertutup (CCTV) 24 jam. Manakala, bagi Sarawak akan dihantar ke Kuching dan Sabah pula di Ibu Pejabat Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Johari berkata, kongres PKR akan diadakan selepas hari raya puasa dan keputusan pemilihan akan diumumkan Ramadan.

Sementara itu, Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin menyifatkan 88 peratus pemilihan berjalan dengan lancar dan hanya 12 peratus sahaja mengalami masalah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.