Categories
NASIONAL

Angkat Perundangan Islam atasi isu keganasan jenayah libat kanak-kanak

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 JUN: Perkembangan kejadian jenayah melibatkan kanak-kanak menjadi mangsa semakin membimbangkan masyarakat mutakhir ini jelas menunjukkan perundangan Islam perlu diberikan ruang diangkat sebagai jalan penyelesaian terbaik.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perundangan sedia ada dilihat gagal untuk membendung perkara ini dan jenayah yang berlaku kini disifatkan sudah melampaui batas.

10152544_823404917669702_1006721726818289628_nKatanya, perundangan Islam yang syumul merupakan sebahagian daripada langkah membendung jenayah.

“Ini adalah kegagalan sistem yang ada dan kegagalan kita membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Kita perlu memberikan ruang semakkan dan beri ruang kepada perundangan Islam untuk dilaksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya kita bukan sahaja perlu melihat dari aspek perundangan semata-mata bahkan kerajaan sendiri turut gagal mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat bagi rakyat.

“CCTV masih gagal bendung jenayah, faktor media baru yang tidak ada kawalan selain penjualan barangan berunsur pornografi.

tuan ibrahim tuan man“Bila ada kes yang berlaku riuh seketika dengan desakan supaya polis siasat namun akhirnya perkara itu senyap dan kejadian sama berulang,” katanya lagi.

Khamis lalu seorang kanak-kanak Siti Soffea Emelda, 2, ditemuai meninggal dunia selepas diculik dan dibunuh seorang pengawal keselamatan di tebing Sungai Klang.

Siti Soffea sebelum itu diculik di pusat membeli-belah Kota Raya dan kejadian berkenaan disedari ibunya selepas keluar daripada tandas.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan Siti Soffea dilarikan namun pembunuh berkenaan ditemui mati dihanyutkan arus Sungai Klang selepas bertindak terjun ke sungai berkenaan sejurus melihat kehadiran anggota keselamatan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.