Categories
SELANGOR

Bazaar diroboh atas bantahan penduduk, timbulkan kesesakan lalulintas

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak merobohkan Bazaar Ramadan di Taman Putra, Kajang, baru-baru ini apabila penduduk di kawasan perumahan terbabit tidak bersetuju kawasan itu dijadikan lokasi perniagaan.

Hal itu berikutan kewujudan bazaar di kawasan terbabit dipercayai bakal menimbulkan isu kesesakan lalulintas dan kebersihan di persekitaran perumahan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau juga mendapati kawasan terbabit terletak di dalam kawasan DUN Bangi.

bazaar ramadhan a“Berdasarkan siasatan petugas dan Ahli Majlis, kawasan Taman Putra terletak dalam DUN Bangi dan oleh sebab itu kami merujuk isu ini kepada Ahli Majlis di DUN Bangi kerana berkait dengan bidangkuasa MPKj di bawah seliaan mereka.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang dimaklumkan pihak berkenaan bahawa penduduk di kawasan terbabit tidak setuju kawasan berkenaan dijadikan tapak perniagaan.

“Walaupun kawasan itu di luar DUN Kajang, namun kami mengharapkan kerjasama semua pihak dan memohon supaya ada penyelesaian dapat dicapai, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Wan Azizah dalam kenyataan medianya, hari ini.

wan azizah pc 01Wan Azizah juga menggesa MPKj segera mengemukakan alasan terhadap tindakan merobohkan gerai di bazaar Ramadan yang mendapat liputan negatif media arus perdana.

Beliau berkata, penjelasan MPKj mampu menyekat penularan fitnah, sekali gus membersihkan nama baik majlis itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.