Categories
SELANGOR

Rakyat berpendapatan rendah terus dibantu, pelbagai program dirancang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 JUN : Rakyat berpendapatan rendah dan miskin dibantu meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai program termasuk pertanian ke arah menghadapi cabaran hidup dengan kos meningkat saban tahun.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, usaha dilakukan memastikan golongan sasaran mampu menikmati kehidupan lebih selesa selain keluar daripada garis kemiskinan.

Bantuan Kewangan, Hakmilik Tanah Masalah Utama Diajukan MB 2Katanya, kajian dijalankan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati lebih setengah juta daripada 5.78 juta rakyat Selangor adalah golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Beliau berkata, dengan kos sara hidup semakin meningkat selain Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan tahun depan maka Kerajaan Negeri dan pelbagai pihak berkaitan wajar berganding bahu membantu mengatasi masalah itu secara kolektif.

“Cadangan daripada Dr M Saravanan (Prinsipal Nexus Ec Sdn Bhd) berhubung idea Van Runcit Bergerak Selangorku (SMG) satu idea inovatif. Mungkin kita boleh buat van-van kiosk, gerai kiosk Selangorku di mana kita boleh memilih barang tertentu.

V-Ganabatirau“Jika ada geran asas sebanyak RM10 juta bagi permulaannya, kita boleh mengurus dan memberi khidmat ke kawasan sasaran dengan berkesan. Kita boleh praktikkan penggunaan kad bagi golongan berpendapatan RM1,500. Mereka boleh membeli barangan dengan harga murah menggunakan kad diberi,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015.

Bagi meningkatkan pendapatan golongan itu, Ganabatirau berkata, penerokaan tanah bagi tujuan pertanian dengan sistem tanaman terkini boleh dilaksanakan.

Katanya, program latihan dan kemahiran juga dicadang menerusi Inpens dengan peruntukan RM2 juta setiap tahun bagi membantu kalangan muda meningkatkan pencapaian.

“Jabatan Perangkaan daripada Kerajaan Pusat mengariskan paras kemiskinan di Malaysia ialah RM760. Saya agak sangsi dengan sebarang kajian dilakukan daripada Kerajaan Pusat tetapi Kerajaan Negeri telah menurunkan paras garis kemiskinan pada tahap RM1,500.

“Saya percaya kita bercakap mengenai setengah juta orang dimaksudkan tadi dalam kalangan yang berpendapatan di bawah RM1,500,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.