Categories
NASIONAL

BN langgar aku janji, salah guna kuasa kerajaan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JUN: Tindakan Barisan Nasional (BN) yang mahu golongan pendidik menyertai politik dan menyokong parti itu dilihat melanggar aku janji yang dibuat dahulu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata tindakan itu juga jelas membuktikan sikap hipokrit BN yang terdesak.

Katanya, ia secara tidak langsung melanggar etika perguruan jika golongan guru membabitkan diri dengan politik.

tian chua pic“Jika dahulu BN mahu golongan itu menandatangani akur janji supaya tidak terbabit dengan politik. Kini, BN mahu melanggar aku janji itu pula.

“Hal ini jelas satu suruhan yang hipokrit dan bertentangan dengan etika,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Tian Chua berkata, seruan itu juga secara tidak langsung membuktikan BN menyalah guna kuasa kerajaan.

Beliau berkata, parti itu boleh menyeru golongan guru supaya memilih parti yang mereka rasa terbaik jika BN sememangnya ikhlas.

MB guru Kafa SAR 03“BN boleh minta guru sertai parti politik yang mereka suka. Ia tidak patut hanya satu parti sahaja dan biarlah bersaing secara sihat,” katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam satu kenyataannya meminta warga pendidik kembali ke pangkuan BN.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.