Categories
NASIONAL

Abdul Hadi semakin pulih, keluar hospital sehari dua lagi

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Keadaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di wad hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul semakin pulih.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata semalam doktor pakar yang merawat Abdul Hadi memberitahu dengan perkembangan positif itu kemungkinan besar beliau akan dibenarkan keluar hospital dalam sedikit masa lagi.

“Alhamdulillah, kami menerima perkhabaran yang menggembirakan hari ini oleh doktor pakar yang merawat Tuan Guru (Abdul Hadi) bahawa dengan keadaan kesihatan beliau yang terkini selepas pemeriksaan dijalankan pagi ini, beliau kemungkinan besar akan keluar dari wad dalam sehari dua ini.

10403030_641813352570453_1135728421313762641_n“Pada masa sama, beliau juga perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai daripada semasa ke semasa,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Maklumat ringkas itu disampaikan beliau kira-kira jam 1.45 petang waktu Istanbul dan 6.45 petang waktu Malaysia (5 Jun) melalui laman facebook milik Abdul Hadi.

Beliau turut memaklumkan, Abdul Hadi turut menerima kunjungan daripada Ketua Ulama Parti Saadat Turki, Dr Abdul Wahab dan wakil DAP, Nga Kor Meng yang juga Ahli Parlimen Taiping, semalam.

Abdul Hadi yang mengadu sesak dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul, pada 30 Mei lalu dan dipindahkan ke wad biasa selepas kesihatannya beransur pulih, pada 3 Jun lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.