Categories
SELANGOR

Budaya hidup sihat langkah terbaik atasi denggi

Oleh: REMY ARIFIN

SHAH ALAM, 23 JUN: Kempen bebas denggi anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah antara usaha bagi menyemai budaya hidup sihat terutama dalam mengatasi masalah denggi di Selangor.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata program berkenaan dilaksanakan sebagai inisiatif melaksanakan pelbagai program kesihatan dan menerapkan amalan menjaga kebersihan bermula daripada kanak-kanak.

DSC_4546Katanya, masalah denggi yang berlaku saban tahun terutama di Selangor perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mengamalkan budaya hidup sihat.

“Program ini juga di rancang untuk memberi kesedaran awam berkenaan bahaya nyamuk aedes dan demam denggi bagi mencapai objektif untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga ingin memupuk sikap keperhatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah berkenaan pendidikan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes,” katanya selepas merasmikan kempen berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi PERTIM Datuk Nahrawa Hashim di Galeri Shah Alam, di sini, semalam.

DSC_4562Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen itu adalah aktiviti 10,000 langkah Tasik Shah Alam , senamrobik, pertandingan mewarna, melukis poster dan persembahan daripada kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun.

Pada masa sama, Daroyah turut melawat hasil kerja pelajar di bawah PERTIM selain menyaksikan persembahan penutup kempen terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.