Categories
NASIONAL

Cadbury DNA babi kejap ada kejap tiada, pengguna ragu-ragu

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 2 JUN : Walaupun dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini namun rata-rata pengguna masih meragui untuk membeli produk terbabit.

Tinjauan di laman media sosial Facebook dan Twitter mendapati pengguna masih ragu akan produk makanan itu malah ada diantara mereka yang mempersoalkan pihak berkuasa yang tidak memandang serius dalam isu

cadburrybabMalah ada yang berpendapat untuk mengambil tindakan memboikot produk dari syarikat terbabit dan menyalahkan pihak Jakim kerana membuat kenyataan U-turn.

Tidak kurang juga ada pengguna yang berpendapat ia berlaku disebabkan permainan politik dan wang.

Bagi KayRule SyazWan, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Cadbury kerana mendatangkan perasaan was-was seterusnya serba salah untuk membeli.

“Ada atau tidak, Cadbury sudah tiada lagi dalam kamus coklat hati..sebab ni dah mendatangkan perasaan was-was yang menyebabkan serba salah..memang tidak akan makan..Selamat Tinggal Cadbury…Selamat Datang Kurma.

Selain itu, bagi Atok brutal pula berpendapat pihak berkuasa seharusnya mengambil serius apabila membabitkan isu makanan dan minuman.

Katanya, sijil Halal merupakan satu jaminan sesuatu makanan boleh dimakan, oleh itu ia perlu diuji sesuatu produk secara menyeluruh.

“Sepatutnya bab halal dan haram ni pihak berkuasa perlu ambil serius tambahan pula berkaitan makanan dan minuman yang menjadi darah daging.

“Sijil HALAL itu sendiri adalah satu jaminan perakuan bahawa sesuatu benda itu boleh dimakan atau diminum.Ia bukan hanya satu anugerah atau penghargaan..Negara kita ada makmal ujian kehalalannya dan pihak yang bertanggungjawab boleh menguji sesuatu produk secara menyeluruh,” katanya.

Manakala bagi Osman Mohamad, kenyataan bercanggah dari pihak bertanggungjawab itu seolah mempunyai niat terselindung.

“Hari tu haram, hari ni Halal.. Mana satu yang betul.. Ada yang terselindung ke? Kenapa tidak diambil sample dari pasaran?,” katanya.

Dalam sidang media hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

“Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

“Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan.

“Namun sebelum sijil halal itu diberi semula, JAKIM akan melawat semula kilang Cadbury,” kata Jamil Khir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.