Categories
SELANGOR

‘Travel Apps’ Android perkenal produk pelancongan Sekinchan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 2 JUN: Promosi memperkenalkan Sekinchan sebagai produk pelancongan tempatan dan antarabangsa terus dipergiatkan dengan pelbagai kaedah bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Langkah terbaru yang diambil bagi tujuan itu dengan memperkenalkan aplikasi pelancongan bagi pengguna IOS dan Android untuk mempromosi daerah yang terkenal dengan hasil laut dan padi bermutu tinggi itu.

10371418_10152191875757621_5822210850544311376_nMalahan, orang ramai juga boleh melawat laman sosial facebook SeKinChan yang memaparkan kawasan menarik di situ yang sehingga kini mendapat 27,150 likes.

ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim berkata ia turut menyediakan buku pelancongannya sendiri bagi kemudahan para pelancong.

“Sekinchan menjadi yang pertama di Malaysia mempunyai maskot selain buku panduan pelancongannya sendiri.

“Sekinchan mampu menjadi tarikkan utama yang mendapat sambutan seterusnya membangun menjadi destinasi pelancongan popular.

“Eco pelancongan adalah terhad. Ini adalah satu cara untuk memperkembangkan ekonomi di sini selaras dengan kemajuan teknologi maklumat yang semuanya boleh dicapai di hujung jari,” kata beliau dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jelas beliau, idea meningkatkan ekonomi Sekinchan menerusi produk pelancongan bermula sejak 2004 lagi.

Sekinchan“Sekinchan semakin dikenali sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran Selangor pada 2008,” kata Sue Lim lagi.

Katanya ini berlaku berikutan kerjasama yang diberikan Tourism Selangor dan usaha meningkatkan pelbagai kemudahan di Sekinchan.

Sue Lim turut mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Pembangunan Pelancongan Sekinchan.

Persatuan itu dianggotai peniaga dalam setiap bidang agar dapat membincangkan isu yang dihadapi pelancong luar khususnya dalam bidang makanan.

“Persatuan kami akan memantau bagi menjamin harga makanan yang munasabah oleh restoren dan pengusaha kedai makan lain,” kata Sue Lim lagi.

Gambar: Facebook SeKinChan

Leave a Reply

Your email address will not be published.