Categories
NASIONAL

Dyana Sofya: Ini bukan penamat teruskan perjuangan

TELUK INTAN, 1 JUN: “Ini bukan penamat Dyana Sofya,” kata calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kepada lebih penyokongnya di Pusat Operasi DAP semalam.

Dyana ketika berucap sebaik keputusan, mengucapkan penghargaan kepada semua pengundi yang memberikan kepercayaan serta rakan-rakan yang membantu sepanjang kempen.

dyana12“Kepada semua pengundi dan pasukan kempen, terima kasih yang tidak terhingga. Saya tidak dapat membalas jasa anda semua.

“Saya minta anda terus bersama saya dalam perjuangan ini,” katanya.

“Terus terang kita kecewa kerana tidak dapat pertahankan kerusi Teluk Intan. Namun, ini bukan penamat kepada Dyana Sofya,” katanya dipetik Roketkini.

Walaupun kekal bersemangat, untuk beberapa ketika suaranya tersekat-sekat, membayangkan kesedihan keputusan itu.

Sepanjang dua minggu ini, Dyana tanpa henti bertemu penduduk Teluk Intan bagi menyatakan dasar perjuangannya, pada masa sama terpaksa menghadapi tohmahan jahat kempen Umno BN.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memilih Dyana.

“Saya tidak mahu menyembunyikan rasa kecewa, tetapi perjuangan menuju ‘politik baru’ perlu diteruskan. Mungkin kita perlukan lebih masa dan usaha.

“Terima kasih kepada rakyat Teluk Intan, terutama (pengundi luar) yang balik untuk mengundi,” kata mentor Dyana itu.

‘DAP buat pilihan tepat’

Sentimen itu turut dikongsi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Walaupun kalah, saya tak kesal dengan pilihan DAP kerana ini adalah yang terbaik untuk masa depan kita.

“(Keputusan) mengecewakan namun ia tetap berbaloi untuk mencuba, bagi mencipta Malaysia baru,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.