Categories
NASIONAL

Hadi bertambah baik, dipindah wad biasa

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul bertambah baik dan dipindahkan ke wad biasa.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang dipetik daripada Harakah Daily.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkesempatan menziarahi Presiden PAS itu, semalam.

saiful2“Saya merafakkan berbanyak kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan kesihatan kepada Datuk Seri Abdul Hadi. Alhamdulillah, beliau sudah dpindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.

“Ketika ini saya yang mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sedang menziarahi beliau di Medical University di Istanbul dan kelihatan makin sihat. Beliau sudah boleh bangun dan berdiri sendiri serta boleh berjalan ke bilik air,” katanya.

Satiful berkata, Abdul Hadi juga kelihatan ceria dan menceritakan berkenaan kejadian yang berlaku terhadap beliau selepas sempat memberikan ucapan di persidangan umat Islam d Istanbul.

“Bagaimanapun, buat masa ini beliau masih perlu banyak berehat selepas terlalu sibuk dengan urusan jamaah dan parti. Pada kesempatn ini juga, saya berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Haji Abdul Hadi Awang“Ucapan terima kasih juga kepada yang sentiasa menjaga beliau termasuk doktor yang memberikan khidmat terbaik, kerajaan Turki dan Jamaah Parti Saadat serta ahli keluarga juga tidak ketinggalan Setiausaha Politik, Dr Ahmad Samsuri yang sentiasa menemaninya.

“Selain itu, terima kasih juga kepada pihak Duta Malaysia di Turki yang turut serta hadir dan memberi khidmat bantuan kepada Presiden. Mari kita bersama mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Abdul Hadi, semoga beliau cepat sembuh dan segera pulang untuk memimpin gerakan Islam dan PAS di tanah air tercinta,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.