Categories
SELANGOR

Mansuh 2 tol Shah Alam hanya gimik Umno Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 JUN: Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi jaminan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat untuk memansuhkan dua plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam dilihat hanya sebagai gimik politik.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, berkata tindakan itu juga dipercayai turut mempunyai kaitan dengan tekanan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini yang berulang kali menggesa supaya dua plaza tol di lebuh raya berkenaan dimansuhkan segera.

V-Ganabatirau“Saya rasa beliau hanya meneruskan gimik Barisan Nasional (BN), bahkan saya percaya perkara itu berpunca daripada tekanan PR yang memaksa Kerajaan Pusat mengkaji semula pemansuhan tol berkenaan.

“Mungkin Noh juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menaikkan namanya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah berkata, dua tol terbabit sangat membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan mengundang kesesakan trafik yang serius pada waktu pagi dan petang.

noh omar pic 1Pada 1 Jun lalu, Umno Selangor memaklumkan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat dalam usaha memansuhkan dua plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau, di sini.

Noh berkata, beliau akan membuat rayuan terbabit kepada Kerajaan Pusat dan tidak menolak kemungkinan menyuarakan isu itu ke Parlimen.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.