Categories
SELANGOR

Hannah Yeoh: “Saya perlu ‘neutral’ kendali DNS”

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 JUN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DNS) Selangor, Hannah Yeoh, berkata beliau menerima usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaan hudud di negeri itu sebagai melunaskan amanahnya berkhidmat untuk semua parti.

Hannah berkata, pandangannya berhubung usul hudud adalah tidak penting sebaliknya ia lebih kepada tindakan ‘neutral’ selaku pengendali DNS untuk menerima sebarang usul yang sesuai dibahaskan tidak kira daripada Kerajaan Negeri atau pembangkang.

“Bila saya pengerusikan sidang DNS, saya perlu bersikap neutral dan ketika itu saya bukan lagi wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat (PR).

hannah“Saya perlu adil berkenaan usul (hudud) yang diserahkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno, Kamarol Zaki Abdul Malik (Sungai Air Tawar) mencadangkan usul berkenaan kajian pelaksanaan hudud di DNS, namun menerima pelbagai reaksi negatif daripada rakan komponen BN.

Antaranya, MCA dan Gerakan menggesa usul itu ditarik semula kerana mendakwa tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga kini.

Tindakan itu juga mendapat reaksi Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang menyatakan beliau kesal dan berpendapat cadangan usul berkenaan hanya menonjolkan ketidaksepakatan antara komponen BN.

Pada masa sama, bekas Exco Negeri, Ronnie Liu turut mengingatkan DNS untuk tidak terperangkap dengan mainan BN berkenaan isu hudud.

hududMengulas perkara itu, Hannah percaya pembangkang akan terus bermain politik dengan sebarang tindakan yang diambil beliau.

“Kalau saya tidak terima, Umno akan kata anti Islam. Kalau saya benarkan, MCA pula akan kata bermain hudud.

“Jadi, apa yang anda akan lakukan jika anda speaker,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.