Categories
NASIONAL

Harga Proton patut turun, kereta di Korea & China lebih murah

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 JUN : Cadangan Pengerusi PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menaikkan harga kereta proton menerima pelbagai kritikan di laman sosial.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook dan Twitter mendapati rata-rata rakyat tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Proton1Mereka mendakwa harga kereta proton yang sedia ada juga sudah tidak selari dengan kualiti kenderaan jenama tempatan terbabit.

Ada juga mendakwa harga kereta di Korea dan China lebih murah berbanding di Malaysia.

Bagi Sudin, harga kereta proton yang sedia ada ketika ini sudah mahal.

Namun, katanya, kualiti tetap sama dan sepatutnya dijual dengan harga murah bersesuaian dengan kualiti.

“Sekarang proton sedia ada pun mahal. Kualiti tetap macam itu.

Proton“Sepatutnya kualiti dijaga dengan harga berpatutan untuk dalam negara. Jika dibandingkan jenama Hyundai elantra dan Proton Preve harga tidak jauh beza,” katanya.

Selain itu, Ab Rahim Abdan berkata harga kereta jenama itu sepatutnya diturunkan untuk rakyat Malaysia.

Manakala, katanya, harga kereta itu diluar negara dinaikkan.

“Setuju harga dinaikkan jika untuk pasaran luar tetapi patut diturunkan harga untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi, Liah Abdullah pula, Proton perlu memastikan kualiti enjin dipertingkatkan dan menyediakan mekanik terlatih di pusat servis kenderaan itu.

“Sebelum harga dinaikkan, fikir juga kualiti kereta contoh enjin. Perlu juga sediakan mekanik di pusat servis terlatih dan profesional serta amanah,” katanya.

Nusantara Raya pula berpendapat di Korea harga kereta lebih murah untuk penduduk negara itu namun dijual mahal bagi pasaran luar.

“Perkara itu sebaliknya, Malaysia untuk penduduk jual mahal tetapi murah untuk pasaran luar. Itu da jadi terbalik. Jika mutu kereta Proton cap ayam nak jual mahal itu tidak masuk akal,” katanya.

Dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Mahathir mencadangkan harga kereta itu dinaikkan untuk bersaing di pasaran dunia.

Katanya, Proton mahu lagi dilabel sebagai kereta murah oleh demikian Proton mahu keluarkan kereta bertaraf dunia tetapi perlu ditingkatkan harga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.