Categories
SELANGOR

MB: 3 teras Belanjawan 2015 ke arah negeri perbandaran

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 JUN : Kerajaan Selangor memfokuskan tiga perkara utama dalam merancang Belanjawan Negeri 2015 yang dijangka akan dibentangkan pada November inu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata antara fokus itu adalah usaha menambah hasil dan pendapatan negeri, pengunaan dana negeri dengan sebaiknya serta membawa perancangan baru dalam menjadikan Selangor sebagai negeri perbandaran.

MBKatanya pembangunan perbandaran akan merangkumi sistem pengangkutan, jalan raya dan menambah baik pertanian di kawasan bandar untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Kita akan berusaha meningkatkan pertanian di kawasan bandar yang kini hanya menyumbang kurang dua peratus kepada tujuh hingga sepuluh peratus.

“Perjumpaan (untuk membentangkan belanjawan) ini bukan sahaja dibuat hari ini, tetapi kita akan turun ke setiap daerah di pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk adakah perjumpaan dengan masyarakat.

“Kita akan dapat maklumat dan cadangan yang perlu daripada rakyat Selangor untuk pembangunan di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015 Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.

Majlis dialog yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan pakar daripada pelbagai bidang untuk membentangkan kajian mereka dan dipantau oleh Exco berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata pembinaan rumah mampu milik di setiap daerah di negeri ini turut menjadi tumpuan Kerajaan Selangor dalam Belanjawan kali ini.

Katanya perkembangan terkini mengenai rumah mampu milik akan didedahkan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang untuk maklumat Ahli Dewan Negeri.

“Kita tiada masalah untuk dedahkan perkembangan rumah mampu milik dan akan dipamerkan dalam sidang DNS akan datang.

“Malah saya percaya soalan tentang kemajuan rumah mampu milik akan dibangkitkan oleh Ahli Dewan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.