Categories
NASIONAL

IPTA Malaysia tidak tersenarai 100 ranking terbaik Asia

SHAH ALAM, 19 JUN: Kedudukan universiti awam Malaysia yang dikeluarkan Times Higher Education Asia University 2014 menunjukkan tiada universiti tempatan yang tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

universitiLima universiti yang berada dalam senarai 10 universiti terbaik Asia adalah Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China.

Kedudukan India meningkat apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.

University of Tokyo menduduki ranking pertama tahun ini yang memperoleh 76.4 markah keseluruhan diikuti National University of Singapore (NUS) di tempat kedua yang memperoleh 72.4 markah dan ketiga University of Hong Kong yang memperoleh 65.3.

Negara timur tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.

Mahidol Universiti di Thailand turut berjaya berada dalam kedudukan ke-82 “tetapi tiada tempat bagi Malaysia” yang dianggap Times Higher Education sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi besar.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.