Categories
NASIONAL

Kerajaan digesa beri taraf warganegara 9,372 kanak-kanak

KUALA LUMPUR 16 JUN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa segera meluluskan permohonan status kerakyatan kanak-kanak yang tidak beri taraf warganegara walaupun ibu bapa mereka adalah rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, melalui jawapan yang diberikan oleh kementerian tersebut, sebanyak 9,372 kanak-kanak masih tidak mendapat status kerakyatan di negara ini.

rafizi pc white stripes 03“Melalui jawapan yang diberikan Khamis lalu, kementerian menyatakan 9,372 kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan salah seorang ibu bapanya adalah rakyat negara ini namun tidak dapat status hak kerakyatan.

“Ini amat menyedihkan kerana kerajaan sendiri menafikan hak kerakyatan kanak-kanak ini dan masalah akan timbul apabila mereka ingin memulakan persekolahan,” katanya pada satu sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata, dalam jawapan bertulis yang diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menggunakan peruntukan Perlembagaan negara iaitu Seksyen 15 (2), Perkara 18 yang membenarkan anak kepada salah seorang warga negara Malaysia diberikan kerakyatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.