Categories
SELANGOR

Kidex: Kerajaan BN patut halang anugerah konsesi lumayan kepada elit

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JUN: Kuasa Kerajaan Negeri untuk menghalang penganugerahan konsesi lumayan kepada golongan elit, kroni dan kelas “rentier” amat terbatas terutama bagi hal-ehwal di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Bekas mahasiswa Koordinator Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Shazni Munir berkata berkata hal itu berlaku kerana Kerajaan Negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

kidex12“Kerajaan Persekutuan sekarang ditadbir Barisan Nasional sepatutnya menunjukkan ‘political will’ menghapuskan tol kerana ia mempunyai kuasa mutlak menetapkan syarat dan terma dalam sebarang perjanjian konsesi,” katanya.

Beliau berkata, perhubungan dan pengangkutan serta kerja raya dan pembekalan utiliti terkandung dalam senarai persekutuan meskipun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri manakala perancangan bandar dan kampung pula di bawah senarai bersama.

Katanya, Kerajaan Selangor sehingga kini dilihat sentiasa menyokong dan sedaya upaya cuba melaksanakan tawaran yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) meskipun di peringkat negeri.

“Kesungguhan Kerajaan Selangor menjunjung komitmen menurunkan kadar tol secara berperingkat terbukti apabila menggunapakai ‘kelebihannya’ sebagai pemegang saham dalam tiga syarikat konsesi lebuhraya di Selangor,” katanya dalam kenyataan media.

Namun, katanya, banyak tawaran dalam Manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak dapat dilaksanakan, termasuk penghapusan tol ekoran Kerajaan Negeri terikat dengan bidang kuasa pusat.

“Dengan itu, penubuhan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (MPAS) juga membuktikan kewibawaan Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam demi memelihara alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon,” katanya.

Untuk kenyataan penuh boleh klik di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published.