Categories
SELANGOR

Kolam alternatif patuhi piawaian kualiti air mentah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 JUN: Kolam alternatif yang dikenalpasti untuk membekalkan air mentah kepada pengguna di Selangor dan Lembah Klang mematuhi piawaian atau garis panduan kualiti air yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Belia dan Sukan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata terdapat 15 parameter logam berat yang perlu dipatuhi dan hasil analisa pensampelan menunjukkan semua parameter berkenaan mematuhi garis panduan.

ISU AIR SELANGOR BARUBeliau berkata, kolam alternatif berkenaan juga dipantau secara berkala, sejak tahun 2011.

“Walaupun didedahkan dengan laporan yang mengatakan banyak logam berat, tetapi kita sudah laksanakan analisis setiap tahun dan kini dilakukan dengan kerap serta mematuhi piawaian ditetapkan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri memberi jaminan air yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat dan tidak memberi kesan untuk jangka masa panjang berdasarkan analisa yang dilakukan.

yunusBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang berkata, air daripada kolam takungan itu juga dirawat Loji Rawatan Air (LPA) dan hasil analisis membuktikan air terbabit selamat digunakan.

“Daripada analisa yang dibuat, kita boleh beri jaminan air yang ini selamat dan tidak memberi kesan. Namun, terbuka jika ada pihak ingin kita lakukan kajian daripada jabatan berkenaan berhubung impak air lombong kepada pengguna,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.