Categories
NASIONAL

Mahkamah kekal bebas 21 individu sertai himpunan BERSIH

SHAH ALAM, 6 JUN: Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang membebaskan 21 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulangtahun pertama BERSIH.

Memetik BERNAMA, Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar semalam selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

bersih 3Pada 18 September 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008.

Antara yang didakwa adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan peguam, S Ashok Kandiah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.