Categories
SELANGOR

Defisit susut, MB yakin belanjawan berimbang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 25 SEP: Kerajaan Negeri yakin belanjawan defisit yang dibentangkan dalam Belanjawan 2015 lalu menjadi belanjawan berimbang sebelum akhir tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata ketika ini defisit fiskal Kerajaan Negeri berjaya dikurangkan kepada RM670 ribu berbanding unjuran defisit sebanyak RM452 juta.

MB Azmin“Setakat ini Kerajaan Negeri sudah memperolehi pendapatan melebihi jumlah yang diunjurkan.

“Saya yakin dengan baki beberapa bulan sebelum berakhir 2015, kita akan capai belanjawan berimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Qurban Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10, di sini, hari ini.

Jelas Mohamed Azmin, beliau memutuskan untuk membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2015 selepas Kerajaan Negeri menjangkakan kelembapan ekonomi pada tahun ini.

Katanya, ketetapan itu diambil bagi membolehkan Kerajaan Negeri menjana ekonomi di negeri dengan pelbagai perbelanjaan pembangunan rakyat.

“Kerajaan Negeri juga berjaya menambah rizab kepada RM3.7 bilion dan ia adalah angka tertinggi yang pernah dicatatkan,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

MB: Tidak perlu semak Belanjawan 2015, persiapan awal sudah diambil

Oleh: NAEEM RAFFI

IJOK, 22 JAN : Penstrukturan semula Belanjawan Selangor 2015 tidak perlu kerana belanjawan defisit dilaksanakan mampu mendepani cabaran ekonomi semasa.

Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya daripada awal bersiap sedia mendepani kemungkinan berlakunya kejatuhan ekonomi dengan keputusan meningkatkan belanja pembangunan mengatasi belanja pengurusan.

belanjawan (1)“Pada ketika ini, kita merasakan tidak ada keperluan untuk menyemak belanjawan Selangor kerana kita daripada awal telah menghidu kemungkinan kelembapan ekonomi akan berlaku pada tahun ini dan mengambil langkah menanganinya.

“Sebab itu kita mengumumkan secara jujur bajet defisit Selangor yang tertumpu kepada soal pembangunan dengan kurang belanja mengurus tumpu belanja pembangunan kerana kita mahu usaha ini mampu menangani kegawatan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pecah tanah Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 5, Kota Puteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Selangor juga tidak akan mengabaikan golongan berpendapatan rendah dan kelas menengah dalam mengharungi cabaran ekonomi yang dijangka semakin menekan.

“Dalam situasi ini, kita tidak akan lupakan mereka sebab itu kita teruskan program peduli rakyat seperti Mimbar dan Skimsel dengan peruntukkan RM100 juta.

“Ini juga adalah langkah ringan beban mereka akibat pelaksanaan GST,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Struktur semula Bajet 2015, segerakan Sidang Khas Parlimen

Oleh: Datuk Mahfuz Omar

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak bahawa beliau akan membuat kenyataan rasmi berkenaan keadaan ekonomi negara pada minggu hadapan termasuklah kemungkinan pengstrukturan semula Bajet 2015, maka PAS dengan ini menggesa suatu Sidang Khas parlimen dipanggil dalam tempoh yang segera.

Hal ini kerana sebarang perubahan terhadap Bajet 2015 yang sudah dibentang dan diluluskan pada tahun lepas itu hendaklah dibuat melalui proses tatacara yang betul khususnya dibawakan kembali ke institusi Parlimen.

PAS dan Pakatan Rakyat di peringkat awal lagi mengingatkan kerajaan pimpinan PM Najib agar Bajet 2015 yang dibuat itu mestilah mengikut unjuran semasa harga minyak.

Ketika Bajet 2015 dibentang dan dibahaskan, harga minyak sudah pun berada pada paras USD 86 setong, namun bajet yang diluluskan itu masih berdasarkan unjuran USD105 setong.

Telahan PR itu terbukti berasas apabila hari ini harga minyak jatuh menjunam sehingga USD46 setong iaitu kadar penurunan lebih daripada 50%. Hal ini, pasti memberikan impak besar terhadap Petronas sebagai penyumbang utama tradisi kepada pendapatan negara.

Bagai jatuh ditimpa tangga, kedudukan nilai matawang Ringgit Malaysia terus jatuh dengan kedudukan paling lemah sejak September 2009 dan Malaysia yang paling teruk terjejas di Asia Tenggara ini.

Kerajaan BN mungkin masih berada di dalam ‘denial syndrome’ iaitu menafikan hakikat ekonomi kita dalam keadaan kritikal dan parah. Bahayanya penyakit ini jika terus dibiarkan akan menyebabkan langkah mengubatinya nanti sudah pun terlewat.

Tambahan pula, kita baru sahaja dilanda musibah besar banjir yang mengakibatkan kerugian berbillion Ringgit dan pastinya kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan luar jangka.

Justeru, PAS memohon PM Najib agar segera memanggil Sidang Khas Parlimen agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat sama berbincang dan berbahas untuk mencari solusi kepada isu ekonomi negara yang kian meruncing ini.
* Datuk Mahfuz Omar adalah Ketua Penerangan PAS dan Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Categories
NASIONAL

Negeri-negeri lain patut contohi Selangor bantu usahawan

SHAH ALAM 28 NOV: Negeri-negeri lain patut mencontohi Selangor dengan menjadikan usaha membantu usahawan baru sebagai prioriti dalam belanjawan negeri masing-masing.

Pengerusi Persatuan Usahawan IMPAK Malaysia (IMPAK), Mohd Burhanuddin Othman, peningkatkan peruntukan pinjaman mudah mikrokredit Kerajaan Selangor dari RM70 juta kepada RM100 juta bertepatan bagi melahirkan lebih ramai usahawan baru dan usahawan muda.

B3Lj5YpCUAEz2DoKatanya, pada masa ini, anak-anak muda mula cenderung memulakan perniagaan perniagaan online dan ini merupakan satu perkembangan baik.

“Usahawan baru bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan mereka, malah membuka peluang pendapatan kepada masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, IMPAK mahu Kerajaan Selangor supaya proses pemberian pinjaman mikrokredit ini dipermudah dan tidak terikat dengan birokrasi melampau.

“Usaha ini diharap membantu usahawan tidak menjadi seperti perumpamaan ‘indah khabar dari rupa’,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: “Apa harapan anda Belanjawan Selangor 2015?”

SHAH ALAM 21 NOV: Orang ramai boleh memberikan pandangan dan idea kepada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkenaan harapan mereka untuk Belanjawan Selangor 2015.

“Apa harapan rakyat Selangor untuk Belanjawan Selangor 2015? Sila kongsikan pandangan dan cadangan anda dengan saya,” tulis Mohamed Azmin di laman Facebooknya.

Azmin BajetBelanjawan Selangor 2015 akan dibentangkan pada 24 November ini yang merupakan pembentangan kali pertama untuk Mohamed Azmin selepas menjawat Menteri Besar Selangor yang baru.

Antara pandangan diberikan orang ramai, Syuhaida Abd Rani, berharap Kerajaan Selangor mewujudkan pusat khas pembelajaran untuk anak Kelainan Upaya (OKU) khusus untuk pesakit celebral palsy.

“Zaman sekarang amat sukar kami nak masukkan anak OKU,kami ke pusat pembelajaran yang biasa, pendidikan khas yang ada pun amat terhad. Semuanya menolak kehadiran anak-anak OKU ini.

Bajet 2015 SEL“Apabila kami kemukakan masalah kami ini kepada JKM, tiada apa respon dan tiada tindakan. Jadi MB Azmin, tolonglah bantu masa depan kanak-kanak ini, mereka pun ingin berjaya seperti kanak-kanak tipikal lain.

“Harap bajet Selangor dapat mempertingkatkan lagi bantuan dan pendidikan golongan OKU termasuk bagi ibu-bapa anak-anak OKU yang berada dalam golongan gaji pertengahan ke bawah,” tulisnya.

Din Yon pula berharap agar pembinaan rumah mampu milik rakyat untuk RM200,000 ke bawah diperbanyakkan khusus untuk anak muda yang baru memulakan hidup baru.

DIN MYON“Pelihara sungai di seluruh Selangor, pendatang tanpa izin dan juga kemasukan warga luar yang tidak terkawal..terutama warga Afrika yang terlalu ramai, ” tulisnya.

Alif Kaven berharap Belanjawan Selangor 2015 ini memberikan penumpuan kepada kenaikan gaji Guru KAFA yang masih tertangguh.

Alif“Tolong pantau dan percepatkan kenaikan gaji guru-guru KAFA selangor yang sebelum ini selama dua tahun hanya laungan ‘ bakal kenaikan gaji guru KAFA’ dan tolong beri skim rumah mampu milik khas bagi guru-guru KAFA.

“Ini kerana memang tak lepas nak mohon pinjaman bank untuk beli rumah sendiri apatah lagi terpaksa menyewa seumur hidup atau terpaksa balik kampung bila bersara,” tulisnya.

Orang ramai boleh menyatakan harapan itu di www.facebook.com/MohamedAzminAli.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Ikut saranan PR tak perlu potong subsidi, jimat RM20 bilion setahun

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 13 OKT : Negara mampu menjimatkan hampir RM20 bilion setahun, disamping mengurangkan defisit sehingga 1.5 peratus jika amalan rasuah dan boros yang diamalkan pentadbiran BN dapat dihapuskan, menurut kajian Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus, dan pengurangan subsidi bahan bakar tidak mendesak sekiranya amalan rasuah dan kebocoran ditangani.

Beliau berkata laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan pembaziran demi pembaziran dilakukan BN, namun ketirisan masih berleluasa sehingga hari ini.

anwar“PR saban tahun menegur pihak kerajaan akan amalan boros dan rasuah yang diamalkan mereka, namun teguran ini ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Saban tahun kita terus menyaksikan pembaziran demi pembaziran dalam laporan Ketua Audit negara, malah jika diteliti teguran Ketua Audit Negara juga menzahirkan pembaziran dan ketirisan yang berterusan,” katanya ketika membahaskan Bajet 2015 Kerajan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar juga turut mendedahkan hutang kerajaan persekutuan untuk tahun 2013 kini mencecah RM 569 bilion atau 53 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta anggaran kehilangan dana terkumpul berjumlah RM 1.2 trillion sejak tahun 2002 hingga 2011.

Malah katanya perangkaan Persepsi Indeks Rasuah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-53 dilihat paling rasuah daripada 177 negara.

“Laporan terkini Asia Pacific Fraud Survey Report series 2013 bertarikh Oktober 2014 daripada Ernst and Young mengatakan Malaysia adalah negara paling rasuah di Asia Pasifik selepas China dan lebih gemar mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi, akibat peningkatan persaingan dan keadaan ekonomi yang mencengkam.

“Malaysia juga dilihat terperangkap dengan ekonomi nilai rendah dan kini terpaksa pula bersaing dengan negara-negara baru yang struktur kosnya lebih rendah.

“Akibatnya kadar peningkatan pendapatan rakyat jauh ketinggalan berbanding kadar kenaikan kos sara hidup,” katanya lagi.

HM

Categories
SELANGOR

MB: 3 teras Belanjawan 2015 ke arah negeri perbandaran

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 JUN : Kerajaan Selangor memfokuskan tiga perkara utama dalam merancang Belanjawan Negeri 2015 yang dijangka akan dibentangkan pada November inu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata antara fokus itu adalah usaha menambah hasil dan pendapatan negeri, pengunaan dana negeri dengan sebaiknya serta membawa perancangan baru dalam menjadikan Selangor sebagai negeri perbandaran.

MBKatanya pembangunan perbandaran akan merangkumi sistem pengangkutan, jalan raya dan menambah baik pertanian di kawasan bandar untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Kita akan berusaha meningkatkan pertanian di kawasan bandar yang kini hanya menyumbang kurang dua peratus kepada tujuh hingga sepuluh peratus.

“Perjumpaan (untuk membentangkan belanjawan) ini bukan sahaja dibuat hari ini, tetapi kita akan turun ke setiap daerah di pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk adakah perjumpaan dengan masyarakat.

“Kita akan dapat maklumat dan cadangan yang perlu daripada rakyat Selangor untuk pembangunan di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015 Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.

Majlis dialog yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan pakar daripada pelbagai bidang untuk membentangkan kajian mereka dan dipantau oleh Exco berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata pembinaan rumah mampu milik di setiap daerah di negeri ini turut menjadi tumpuan Kerajaan Selangor dalam Belanjawan kali ini.

Katanya perkembangan terkini mengenai rumah mampu milik akan didedahkan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang untuk maklumat Ahli Dewan Negeri.

“Kita tiada masalah untuk dedahkan perkembangan rumah mampu milik dan akan dipamerkan dalam sidang DNS akan datang.

“Malah saya percaya soalan tentang kemajuan rumah mampu milik akan dibangkitkan oleh Ahli Dewan,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Dialog rangka Belanjawan 2015 pada 9 Jun

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 4 JUN : Kerajaan Negeri akan menganjurkan Majlis Dialog Belanjawan 2015 sebagai persediaan awal dalam usaha merangka dan menyelesaikan Belanjawan 2015 Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara topik yang akan dibincangkan membabitkan pembangunan hartanah, pengurusan sisa pepejal, memajukan pendidikan dan pendidikan Islam, pengurusan air dan zon industri khas.

MBSelain itu, katanya, turut diberi perhatian ialah topik memperkasakan komuniti pangsapuri, isu wanita dan kemiskinan, sains dan teknologi bidang serta sukan dan infrastruktur.

“Para pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara manakala Exco Kerajaan Negeri akan bertindak sebagai moderator,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Bangunan SUK, di sini.

Majlis Dialog Belanjawan 2015 akan diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 9 hingga 10 Jun dengan bertemakan ‘Mendepani Cabaran dan Peluang Ekonomi Demi Kecemerlangan Selangor’.

Majlis itu diadakan di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pandangan orang ramai dan dijadikan panduan serta maklumat kepada Kerajaan Negeri untuk menyiapkan Belanjawan 2015.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Dialog Belanjawan 2015 rangka pelan terbaik belanjawan

Kerajaan Selangor sekali lagi akan menganjurkan Majlis Dialog Belanjawan 2015 sebagai persediaan awal kepada Kerajaan Negeri dalam merangka dan menyiapkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor.

Majlis Dialog Belanjawan 2015 yang bertemakan Mendepani Cabaran dan Peluang Ekonomi Demi Kecemerlangan Selangor akan berlangsung pada 9 dan 10 Jun ini bertempat di Shah Alam Convention Centre.

Antara topik yang akan dbincangkan meliputi pembangunan hartanah, pengurusan sisa pepejal, memajukan pendidikan dan pendidikan Islam, pengurusan air, zon industri khas, memperkasakan komuniti pangsapuri, isu wanita dan kemiskinan, sains dan teknologi bidang sukan dan infrastruktur.

MBPara pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara manakala EXCO Kerajaan Negeri akan bertindak sebagai moderator.

Majlis Dialog Belanjawan 2015 ini akan diadakan di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pandangan orang ramai dan dijadikan panduan serta maklumat kepada Kerajaan Negeri untuk menyiapkan Belanjawan 2015.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR