Categories
SELANGOR

MB: Ahli Majlis PKR dibeku sementara, tunggu selesai pemilihan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 JUN : Pelantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripad Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibekukan sementara waktu sehingga pemilihan parti itu selesai pada akhir Jun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bagi memastikan tidak wujudnya salah guna kuasa di kalangan ahli majlis memandangkan ramai pemimpin PKR bertanding dalam pemilihan di Selangor.

MB“Status (pelantikan semula ahli majlis) masih dibekukan atas dasar pemilihan parti yang belum selesai.

“Kita bimbang apabila kita lantik, mereka akan salah guna kuasa sebab ramai pemimpin PKR yang bertanding dan mungkin ada yang menggunakan kuasa untuk meraih undi.

“Jadi kita bekukan sementara sehingga pemilihan selesai sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015 Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.

Pelantikan ahli majlis yang sepatutnya dibuat pada Disember tahun lepas masih tertangguh sehingga kini walaupun PAS dan DAP sudah berbuat demikian.

Untuk rekod, seramai 42 nama masih tertangguh untuk proses pelantikan semula.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.