Categories
SELANGOR

MB: Kecurian pasir, pemilik tanah berhadapan tanah dirampas

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 1 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran keras kepada pemilik tanah supaya tidak membenarkan sebarang aktiviti kecurian pasir berlaku di mana-mana kawasan negeri itu.

Beliau berkata sekiranya berlaku, Kerajaan Negeri akan memberikan notis rampasan tanah kepada pemilik.

Curi Pasir-GrafikKatanya, pihaknya sudah memaklumkan kepada pejabat daerah akan tindakan rampasan itu dilakukan.

“Diingatkan kepada pemilik tanah, sekiranya berlaku pencerobohan atau kegiatan curi pasir atas tanah persendirian, pejabat daerah akan memberi notis rampasan tanah.

“Jadi, pemilik tanah perlu memastikan tanah mereka tidak diceroboh jika tidak mereka akan hilang tanah,” katanya dalam sidang media, di Dewan Jubli Perak, selepas merasmikan kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.

Selain itu, Abdul Khalid turut menafikan dakwaan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tidak berperanan sewajarnya bagi menangani isu itu.

MBSebaliknya, beliau berkata pegawai daerah dan pihak KSSB sudah menjalankan tugas dan peranan dengan baik.

“Pegawai daerah dan pihak KSSB melakukan tugas dengan baik dan akan terus menjalankan tanggungjawab beberapa tindakan ke atas kes kecurian pasir,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius masalah itu dan mengenakan tindakan sewajarnya seperti sebelum ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.