Categories
SELANGOR

MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 10 JUN: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menyediakan Halal Kit alat pengesan berteknologi tinggi bagi mengesan bahan tidak halal dikesan dalam tempoh singkat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek itu memerlukan kos sebanyak RM1.3 juta dan dijangka siap dalam 18 bulan lagi.

MBKatanya, Kerajaan Negeri akan mula mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat antaranya Nestle bagi membincangkan perkara terbabit.

“Kita akan lihat bagaimana untuk menentukan teras itu dapat diterima oleh masyarakat Islam mahupun agama lain,” katanya ketika membentangkan rumusan Majlis Dialog Belanjawan Negeri 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Abdul Khalid berkata langkah itu juga diambil bagi menyakinkan rakyat dengan logo halal yang sah dan boleh dipercayai serta mengurangkan presepsi ragu-ragu masyarakat.

Sebagai satu komponen Halal Hub selangor, kluster inovasi Selangor akan memainkan peranan utama dalam menjayakan kajian dan penyelidikan berteknologi tinggi dalam industri halal.

Secara tidak langsung, kluster itu akan menjadi nukleus dalam bidang inovasi dan sains kepada Halal Hub Selangor.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penemuan dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan DNA itu tidak terdapat dalam produk coklat terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.