Categories
SELANGOR

Unisel bangun kit halal kesan bahan tidak halal dalam tempoh 1 minit

SHAH ALAM 1 JULAI: Universiti Selangor (Unisel) akan menjalankan kajian pembangunan kit halal bagi mengesan bahan tidak halal yang boleh dikesan dalam tempoh seminit.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, Unisel diberi peruntukan RM1.3 juta daripada Kerajaan Selangor membangunkan alat itu yang dijangka siap pada Disember 2015.

Unisel-Grafik“Alat ini bukan untuk makanan saja tetapi juga kosmetik dan ubat-ubatan,” katanya Prof Dr Anuar dipetik Sinar Harian.

Kata Prof Dr Anuar, kit halal itu tidak perlu diragui kerana pihaknya melaksanakan mandat Kerajaan Selangor untuk membangunkan teknologi itu dengan amanah dan tanggung jawab.

“Walaupun kecil ia dapat menjimatkan kos berbanding ujian makmal. Oleh itu, jangan ragu-ragu menggunakan alat ini, kerana hasil ujiannya diyakini tepat, setanding dengan hasil ujian makmal yang menelan belanja ribuan ringgit,” katanya.

Beliau berkata, Kit halal bukan perkara baharu. Sebelum ini, di negara ini sudah ada beberapa pihak terutama universiti yang cuba memajukan kit halal.

Namun setakat ini, teknologi yang akan dibangunkan Unisel dikenal pasti sebagai yang termaju.

“Kit halal yang ada sebelum ini berfungsi untuk mengesan kandungan DNA babi saja.

unisel 05“Ini berbeza dengan apa yang kita akan keluarkan yang mana kit halal Unisel menggunakan teknologi pengesan nano bagi mengetahui kandungan zat babi sekecil 0.001 peratus,” kata Anuar.

Katanya, kelebihan kit halal Unisel yang mampu mengesan zat serendah 0.001 peratus iaitu zat paling rendah yang kebiasaannya terkandung dalam makanan, kosmetik atau ubatan dalam pasaran

“Mudah, sangat mudah! Hanya masukkan sampel ke dalam pengesan, kemudian goncang hingga larut dalam masa 10 saat. Seterusnya uji bahan yang sudah larut itu dengan alat pengesan elektronik pada kit.

“Secara automatik, kit akan mengeluarkan cahaya floresen yang akan menentukan kandungan zat babi dalam tempoh seminit,” katanya.

Katanya, penghasilan kit itu lebih kepada niat fardu kifayah kepada pengguna Muslim, bukan untuk mengaut keuntungan dan secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi nilai tambah kepada kredibiliti Unisel.

“Teori tentang kit ini, memang tidak ada masalah kerana telah selesai, hanya menunggu bajet diumumkan kerajaan negeri untuk membeli komponen elektronik dan pengesan yang dijangka diperoleh Julai ini,” katanya.

EZY

JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 10 JUN: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menyediakan Halal Kit alat pengesan berteknologi tinggi bagi mengesan bahan tidak halal dikesan dalam tempoh singkat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek itu memerlukan kos sebanyak RM1.3 juta dan dijangka siap dalam 18 bulan lagi.

MBKatanya, Kerajaan Negeri akan mula mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat antaranya Nestle bagi membincangkan perkara terbabit.

“Kita akan lihat bagaimana untuk menentukan teras itu dapat diterima oleh masyarakat Islam mahupun agama lain,” katanya ketika membentangkan rumusan Majlis Dialog Belanjawan Negeri 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Abdul Khalid berkata langkah itu juga diambil bagi menyakinkan rakyat dengan logo halal yang sah dan boleh dipercayai serta mengurangkan presepsi ragu-ragu masyarakat.

Sebagai satu komponen Halal Hub selangor, kluster inovasi Selangor akan memainkan peranan utama dalam menjayakan kajian dan penyelidikan berteknologi tinggi dalam industri halal.

Secara tidak langsung, kluster itu akan menjadi nukleus dalam bidang inovasi dan sains kepada Halal Hub Selangor.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penemuan dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan DNA itu tidak terdapat dalam produk coklat terbabit.

EZY