Categories
SELANGOR

MB: LLM diberi tempoh seminggu sedia kertas keja lebuh raya

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 JUN : Kerajaan Selangor memberi tempoh seminggu kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menyediakan kertas kerja berhubung kemajuan lebuh raya di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada LLM dan mereka bersetuju untuk menyediakan kertas kerja mengikut tempoh ditetapkan.

lebuh raya“Kita dah panggil LLM berbincang dan mereka minta diberi masa seminggu untuk sediakan kertas kerja tentang kemajuan lebuh raya di Selangor,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Taklimat Pelabur I-City untuk pembangunan I-City Mall, dekat sini semalam.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memaklumkan akan memanggil pihak LLM ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi memberi penerangan berhubung cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan lebuh raya lain di Selangor.

Abdul Khalid berkata LLM yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya bertol perlu memainkan peranan penting untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada orang ramai khususnya kepada penduduk di Petaling Jaya.

Beliau berkata LLM bertanggungjawab memastikan keperluan sosial dan alam sekitar dipenuhi selain menjadi pakar rujuk dalam pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.