Categories
SELANGOR

MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

Oleh:  NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri akan mewujudkan ‘Selangor Japanese Industrial Park’ di kawasan Ijok, Hulu Selangor, Bukit Beruntung dan Kuala Langat bagi menarik lebih ramai pelabur asing seterusnya melonjakkan pendapatan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan cuba melaksanakan cadangan itu untuk menarik lebih ramai pelabur melalui industri perkilangan.

MBKatanya, kawasan yang dipilih itu kini tanahnya dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

“Tanah terbabit mempunyai potensi untuk dimajukan.

“Kita harap untuk membuka industri ini di tempat yang lebih jauh dari kawasan yang sedang membangun,” katanya ketika membentangkan rumusan Majlis Dialog Belanjawan negeri 2015, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, semalam.

Beliau berharap pendapatan negeri akan terus meningkat melalui rancangan terbabit sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Konsep cadangan dari ‘Special Industrial Zone’ ini dapat menarik pelabur asing dan tempatan serta dapat meningkatkan jumlahnya pelaburan ke negeri Selangor.

“Ia juga bagi mewujudkan imej kawasan perindustrian yang lebih baik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.