Categories
SELANGOR

MB: Tingkatkan pendapatan sektor pertanian kepada 10%

OLEH: AFIX REDZUAN

KAJANG, 14 JUN: Kerajaan Selangor berusaha meningkatkan pendapatan penduduk desa supaya seiring dengan pendapatan penduduk bandar.

Dengan konsep ‘ Membangun secara keluarga’, jurang pendapatan perlu diberikan perhatian supaya sektor desa turut menyumbang kepada ekonomi pembangunan negeri dan negara.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setakat ini sektor pertanian dan desa hanya menyumbang sebanyak dua peratus dan sasaran baru adalah peningkatan sebanyak lapan hingga 10 peratus.

MB“Strategi saya setiap keluarga di desa mesti kita tentukan pendapatan sentiasa meningkat.

“Konsep membangun secara keluarga supaya keluarga mempunyai keupayaan meningkatkan pendapatan.

“Untuk belia dengan cara kemahiran. Kita akan melihat secara berperingkat,” katanya di Presscott Hotel.

Katanya, sektor pertanian dan desa di Belanda merupakan antara contoh terbaik untuk dipelajari.

Abdul Khalid sebelum itu merasmikan majlis penutup Seminat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) peringkat Hulu Langat.

Jelasnya keseimbangan pendapatan penting supaya penduduk desa tidak ketinggalan dengan arus pembangunan bandar.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut akan memanggil pakar dari Belanda untuk menerangkan langkah pembangunan mereka untuk dipelajari negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.