Categories
SELANGOR

Tarik balik usul Hudud bukti Umno bermain tali – MB

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 13 JUN: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menegaskan Umno seharusnya tidak bermain tali berkenaan isu hudud hingga menyukarkan rakyat.

Beliau berkata, walaupn keputusan menarik balik usul hudud untuk dibawa di Dewan Negeri Selangor (DNS) itu terletak kepada Umno negeri, namun apa yang penting adalah memberikan tumpuan dan berbincang berkenaan kepentingan rakyat.

“Jangan sukarkan rakyat di Malaysia dan Selangor. Kalau dia nak tarik balik, maka dia boleh tarik balik.

mole-Pas-Hudud-3“Saya harap kita harus bertanggungjawab dalam hal masyarakat. Apa yang perlu kita bincangkan perlu didahulukan dan yang tidak perlu kita ketepikan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke lokasi banjir, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias, berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan bereknaan kebarangkalian melaksana hudud di Selangor kerana timbul banyak kekeliruan.

Katanya, usul berkenaan ditarik balik kerana masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Shamsudin berkata, perkara itu diputuskan dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

“Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada Kerajaan Negeri sama ada mahu laksanakan hudud atau tidak.

“Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan,” katanya kepada Malaysiakini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.