Categories
NASIONAL

Najib selalu ‘ponteng’, hanya 26 kali datang Parlimen sejak jadi PM

SHAH ALAM, 18 JUN: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan sejak lima tahun menjadi Perdana Menteri bermula 2009.

Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.

najib mugshot interview 01“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan atau menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang adalah sangat rendah,” katanya yang dipetik daripada Roket Kini pada sidang media di Parlimen, semalam.

Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara puratadengan pengecualian ketika ucapan tetap dari tahun 2009 sehingga kini.

Katanya, Najib juga tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan belanjawan.

“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas, jadi adakah rakyat perlu merotan Najib,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.