Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: ‘Saya bukan orang yang suka beri duit’

Oleh LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 20 JUN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekeras-keras menafikan terlibat dalam sebarang aktiviti politik wang sepanjang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon timbalan presiden parti itu malahan berkata, beliau sebagai calon tidak boleh mempunyai kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“Saya juga bukan orang yang suka beri duit. Lagipun perkara berkaitan pentadbiran pemilihan ialah di bawah JPP.

“Saya sebagai orang yang terlibat (dalam pemilihan) tidak boleh ada hubungan dengan orang yang mentadbir pemilihan,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita apabila diminta mengulas dakwaan kononnya memberi sejumlah wang kepada JPP untuk mengadakan pemilihan semula PKR di Sarawak.

Abdul Khalid bersaing merebut jawatan timbalan presiden bersama penyandang, Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifudin Nasution.

– FZL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.