Categories
SELANGOR

Abdul Khalid anggap pandangan untuk tukar MB isu lama

Oleh LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 20 JUN: Isu yang dibawa segelintir pemimpin PAS Selangor berkaitan kemungkinan penukaran jawatan menteri besar, hanya mengulangi cerita lama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab soalan pemberita, bagaimanapun tidak kisah dengan ungkitan itu, malah menghormati pandangan mereka.

“Tidak mengapa, itu pandangan mereka. Saya sudah dengar semua ini sejak tahun 2013 lagi,” katanya, ringkas.

Khalid-Ibrahim-SELANGORBeliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian sumbangan dana kepada enam sekolah Tamil sekitar sini, hari ini.

Malaysia Insider melaporkan kononnya PAS Selangor menolak kepimpinan Abdul Khalid sekalipun parti itu antara pendukung kuatnya sebelum ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman dipetik mendakwa, pelbagai isu di Selangor berpunca dari kelemahan Abdul Khalid yang didakwa membelakangkan Pakatan Rakyat.

Mendesak PAS Pusat dan Pakatan supaya menukar Khalid dengan calon lain, beliau juga menuduh Abdul Khalid gagal menggendalikan beberapa isu penting.

Antara isu yang didakwa demikian, kononnya ialah pengambilalihan konsesi air, rampasan Bible dan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.