Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Ramadhan 1435H Presiden PKR

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ismail

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan,

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan 1435H ini.

Bagi pihak seluruh kepimpinan KEADILAN, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya di DUN Kajang.

Di dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita berusaha semaksimum mungkin untuk mensucikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Selain menjauhi perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa, menginsafi kemelaratan golongan fakir miskin, umat Islam harus menjadikan Ramadhan sebagai “latihan rohani” untuk menjauhkan diri daripada maksiat, gejala rasuah dan sebagainya.

Justeru, pada bulan Ramadhan al-kareem ini, saya mengambil kesempatan untuk mengajak seluruh umat Islam merebut peluang mendidik diri menjadi insan kamil, prihatin dan sentiasa bersiap siaga menyahut seruan perjuangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.