Categories
NASIONAL

Piala Dunia: Kutip sampah walaupun kalah, penyokong Jepun wajar dipuji

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 16 JUN: Sikap penyokong pasukan bola sepak Piala Dunia 2014 Jepun walaupun pasukan mereka tewas 1-2 dengan pasukan Ivory Coast namun bersikap positif mengutip sampah yang ditinggalkan selepas perlawanan berakhir wajar menerima pujian.

Bekas Pengurus Selangor, Zakaria Ab Rahim, berkata penyokong mereka datang dari jauh pasti kecewa namun kekecewaan tidak ditunjuk dengan kemarahan atau kekacauan sebaliknya mereka bersikap positif.

kutip sampah“Penyokong Jepun mengutip semua sampah yang ditinggalkan lepas perlawanan untuk memberitahu dunia bahawa mereka datang ke Brazil dengan aman dan bawa budaya kebersihan.

“Ini satu sikap yang patut dipuji dan dicontohi oleh semua penyokong bukan sahaja di stadium malah di mana-mana sahaja mereka pergi.

“Semua pihak terkejut melihat sikap penyokong Jepun dan mendapat perhatian dan pujian,” tulis Zakaria di facebooknya.

Beliau menyeru agar sikap positif ini turut diikuti penyokong bola sepak di negara ini walaupun mereka bertandang di mana-mana stadium.

kutip1“Mampukah penyokong di Malaysia ikut? Ya, mereka mampu…hanya mahu atau tidak sahaja.

“Lepas ini setiap penyokong ke stadium bawa plastik kosong dan kutip semua sampah yang mereka nampak sepanjang perjalanan keluar dari stadium dan buangkan ke dalam tong, dan terus pulang. Bersih itu kan amalan Islam?,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.