Categories
NASIONAL

KM P.Pinang: Naik taraf lapangan terbang P.Pinang sebelum bina di Kedah

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JUN: Pulau Pinang mempersoalkan keperluan membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kedah sepertimana dicadangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Sebaliknya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tumpuan harus diberikan kepada lapangan antarabangsa sedia ada di utara yang terletak di pulau mutiara itu.

terminal1Katanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terlebih dahulu perlu dinaik taraf dengan penambahan dua landasan, kemudahan bersepadu kargo udara serta hub menyelenggara, membaiki dan overhaul (MRO).

“Pulau Pinang tidak mempunyai bantahan untuk membina sebuah lapangan terbang di Kulim yang mencecah kos melebihi RM 2 billion tetapi perlu naik taraf dulu di sini.

“Dengan peningkatan tinggi jumlah pengguna di Pulau Pinang, terdapat keperluan mendesak untuk pembesaran lapangan terbang dan kita akan uruskan pengambilan tanah 300 hingga 500 ekar di selatan lapangan terbang bila-bila masa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Mukhriz mendakwa pembinaan lapangan terbang di Kedah amat diperlukan untuk membuka pintu masuk negeri-negeri di utara selain selatan Thailang.

Katanya, projek itu juga bukan satu pembaziran sepertimana cadangan pembinaan terowong dan tiga lebuh raya yang dianggarkan mencecah kos RM 6.3 biliion oleh Pulau Pinang.

“Bagaimana satu peruntukan untuk menambah baik jaringan dan kemudahan rakyat boleh dikatakan satu pembaziran.

“Jika begitu, jambatan kedua yang mencecah kos RM 4.5 billion juga tidak perlulah dibina kerana membazir,” sindir Guan Eng.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menambah serangan Mukhriz ke atas cadangan dibuat sebelum ini sekadar mengalih perhatian umum daripada persoalan utama mengenai keperluan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kedah.

“Dengan kos yang tinggi, membina lapangan terbang baru bukan satu keputusan bijak yang perlu diambil, jika tidak rakyat terpaksa menanggung bebannya.

“Lapangan Terbang Melaka yang mencecah kos RM 250 juta sebelum ini adalah contoh terbaik pembinaan lapangan terbang yang akhirnya kosong dan tidak digunakan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.