Categories
SELANGOR

Polisi tender terbuka Selangor jimatkan lebih RM100 juta setahun

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JUN: Polisi Kerajaan Selangor melaksanakan tender terbuka bagi projek dikendalikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memberi penjimatan sehingga lebih RM100 juta setahun.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata penjimatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan lebihan itu kepada projek pembangunan lain untuk dinikmati rakyat Selangor.

jambatan ketiga“Kita bukan hendak harga rendah sampai merugikan kontraktor tetapi hendaklah keuntungan yang tidak melampau.

“Polisi tender terbuka ini menjimatkan wang rakyat seperti mana direkodkan pada 2012 menunjukkan lebih RM100 juta dijimatkan dan lebihan itu dapat disalurkan kepada projek lain,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan negeri, sejak 2008 Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menghapuskan amalan penganugerahan projek atau rundingan terus kepada mana-mana syarikat.

Langkah yang diambil itu ternyata memberi kesan positif terhadap kewangan negeri.

Antara contoh jelas, Kerajaan Negeri hari ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebuah sahaja di era Barisan Nasional (BN) dengan spefikasi sama.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSelain itu Abdul Khalid turut menghapuskan orang tengah yang mengutip ‘keuntungan atas angin’ dalam projek Kerajaan Negeri.

Antaranya langkah menamatkan kontrak kutipan sampah Alam Flora Sdn Bhd dan membuka tender terbuka kepada syarikat kutipan sampah berminat.

Syarikat yang berminat juga dikenakan syarat hendaklah menjalankan operasi kutipan sampah sendiri, bukan menyerahkan kepada pihak ketiga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.