Categories
NASIONAL

Suarez digantung 9 perlawanan, diharamkan 4 bulan

Oleh: Krew Bolasepak Selangor Kini

PIALA DUNIA: Angkara menggigit pemain lain, penyerang Uruguay Luis Alberto Suárez Díaz digantung sembilan perlawanan dan diharam membabitkan diri dalam sebarang jenis aktiviti bolasepak selama empat bulan.

Tidak cukup dengan itu, pemain nombor 9 itu juga dilarang masuk perkarangan mana-mana stadium sepanjang tempoh larangan, dan dilarang memasuki mana-mana stadium yang menganjurkan perlawanan Uruguay sepanjang tempoh penggantungan.

insiden suarez gigitMelengkapkan hukuman itu, Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda sebanyak RM360,069.61 keatas Suarez.

“Jawatankuasa Displin mengambil kira semua faktor dalam kes dan tahap kesalahan Suarez mengikut peruntukan-peruntukan Kod Diplin FIFA yang berkenaan. Keputusan ini berkuatkuasa sejurus ia diumumkan,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Displin FIFA, Claudio Sulser.

Suarez mengundang kecaman dunia selepas beliau mengigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan Uruguay-Italy, 24 Jun lepas. Dalam perlawanan itu, Uruguay menang 1-0 dan seterusnya layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia, menghadapi Colombia pada 28 Jun depan.

Penggantungan FIFA ini bermakna Suarez tidak dapat menyertai perlawanan itu, dan perlawanan-perlawanan seterusnya selagi Uruguay layak atau dalam mana-mana perlawanan rasmi Uruguay.

Menurut kenyataan rasmi FIFA, larangan menyertai aktiviti berkaitan bolasepak bermaksud Suarez tidak dibenarkan terlibat dalam apa sahaja aktiviti samada kesukanan atau pentadbiran dan lain-lain.

Selangor Kini juga difahamkan melalui laporan media Suarez akan terlepas beberapa perlawanan kelab Liverpool dalam kempen Liga Premier Inggeris.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.