Categories
NASIONAL

Tindakan gantung Surendran kali kedua dari Parlimen keterlaluan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 19 JUN: Tindakan penggantungan sekali lagi terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran selama enam bulan daripada Parlimen bermula hari ini keterlaluan dan bersifat peribadi.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata tindakan yang dikenakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee dan dewan dilihat terlalu keras, selain memberi gambaran negatif dalam sistem demokrasi negara.

Katanya, Dewan Rakyat perlu sedar bahawa realiti kini memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) semakin kuat, maka speaker serta sidang dewan perlu mengadakan perbincangan dengan pembangkang.

Rafizi“Seharusnya ,pembangkang daripada PR perlu diberi peluang untuk sama berbincang dalam banyak perkara. Namun, bila kita cuba pastikan ada suara dihormati, tindakan penggantungan dikenakan.

“Apa yang disebut Surendran adalah yang dirasai kebanyakan orang. Tidak ada yang salah disebut beliau dan tindakan kali kedua penggantungan ini dilihat bersifat peribadi serta membuktikan speaker juga dewan tidak boleh disentuh,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan penggantungan Surendran sekali lagi daripada Parlimen kerana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat daripada tindakan berkenaan.

Memetik Harakah Daily, usul penggantungan itu dibacakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada tengah hari tadi di hadapan Ronald Kiandee.

surendran pc 01Usul itu adalah berkenaan sidang media Surendran yang mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat suara pembangkang di Parlimen apabila menolak usul yang dibawa beliau, pada 16 Jun lalu.

Surendran juga didakwa membuat tuduhan bahawa Dewan Rakyat bersifat ‘authoritarian’ yang tidak memberi hak bersuara kepada PR.

Usul Shahidan kemudian diluluskan Ronald Kiandee selepas melihat ahli parlimen tidak berminat untuk membahaskannya, namun keputusan itu dibantah ahli parlimen PR yang tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.