Categories
NASIONAL

Walau tidak bergelar YB, Dyana komited berkhidmat pantau janji BN

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUN: Walaupun tidak bergelar wakil rakyat, bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berusaha memastikan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji yang dibuat dalam kempen PRK baru-baru ini.

Kata Dyana, ini termasuk janji untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia yang sudah pun menerima peruntukkan pada 2012 lalu.

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100“Saya sendiri akan bersama masyarakat Teluk Intan memastikan pembinaan SMK Kampung Bahagia yang diberi peruntukan pada 2012 dan sepatutnya dibina pada 2014 tetapi masih belum dikotakan.

“Sudah tiba masa untuk BN merealisaasikan semua janji pilihan raya termasuk kemudahan jalur lebar, lebuh raya RM5 bilion, universiti dan sebagainya sebelum pilihan raya umum ke 14,” kata Dyana ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Tambah beliau, BN sepatutnya melaksanakan pembangunan secara berterusan, bukan hanya apabila diadakan PRK sahaja.

Ketika menyentuh penglibatan dalam politik pasca PRK Teluk Intan, selain meneruskan khidmat kepada masyarakat Teluk Intan, Dyana juga memfokuskan isu yang menyentuh kepentingan anak muda negara ini.

“Saya akan terus berkhidmat atas platform DAP dan memberi fokus kepada negeri Perak khususnya Teluk Intan, anak muda dan inisiatif impian Malaysia peringkat nasional,” kata Dyana lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.