JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

SHAH ALAM 10 JUN: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar patut membuat pengesahan maklumat yang diterimanya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membawa fitnah.

Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

dyana kiniDyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu,” katanya dipetik Malaysiakini.

Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.

“Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu,” katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

 

Categories
BERITA UTAMA

Khalid Samad: Analisa ringkas Keputusan PRK Teluk Intan

Pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya lebih sukar untuk PR berbanding Pilihan Raya Umum. Seluruh kekuatan BN/kerajaan akan ditumpukan kepada usaha memenangkan calon mereka di tempat yang kecil itu berbanding dengan PRU di mana kekuatan BN/kerajaan akan terpaksa diagihkan di seluruh Negara.

Itulah sebabnya mengapa secara umum, keputusan dan majoriti melalui PRK akan berkurangan bagi calon PR sekiranya dibandingkan dengan majoriti yang pernah diperolehi semasa PRU. Ini berlaku walaupun untuk DUN Kajang di Selangor sekalipun.

Politik wang, janji projek, kerahan terhadap pengundi yang biasanya tidak keluar dan sebagainya boleh dilakukan oleh pihak BN/kerajaan dengan lebih berkesan lagi.

dyana22Kedua, PRK ini secara dasarnya tidak akan mempunyai impak terhadap kerajaan yang memerintah. Walaupun sekiranya calon PR menang, pengundi faham bahawa BN tetap merupakan kerajaan yang memerintah.

Oleh itu pengundi akan memikirkan apakah yang terbaik yang mereka boleh capai melalui pilihan raya kecil ini dan sebahagian dari mereka menganggap bahawa memenangkan calon BN (mungkin) akan mampu mendatangkan pembangunan dan projek kerana BN adalah kerajaan. Oleh itu, janji untuk menjadikan Mah seorang Menteri amat bermakna bagi pengundi ini.
Cogan-kata ‘ubah’ tidak membawa erti yang sama seperti semasa PRU dan tidak mampu mendorong pengundi untuk mengundi Dyana. Ini di antara sebab mengapa jumlah keluar mengundi menurun berbanding PRU13.

Mereka, khususnya yang dari luar kawasan, tidak datang mengundi kerana tidak merasakan ianya sepenting PRU di mana soal menukar kerajaan merupakan matlamatnya.

Ketiga, dalam kes Teluk Intan, DAP telah meletakkan seorang calon ‘novice’ iaitu orang baru, untuk bertanding lawan seorang veteran yang merupakan Presiden Gerakan.

Ada yang menganggap sekiranya Presiden Gerakan kalah dengan Dyana, seorang novice, setelah kalah dua kali sebelum ini, ianya akan merupakan sesuatu yang amat memalukan. Maka atas perasaan ingin menjaga air muka Presiden Gerakan, mereka mengundi beliau.

Keempat, calon BN adalah orang tempatan. Dia sudah lama bergiat di Teluk Intan, pernah menjadi ADUN dan juga MP sedangkan calon DAP adalah orang luar, baru sahaja ingin bertanding dalam pilihan raya, tidak dikenali dan dilihat sebagai orang ‘luar’.

Pengundi tidak mampu mengenali beliau dalam tempoh yang sebegitu singkat dan media pula menonjolkan aspek sampingan berhubung calon tersebut. Propaganda negatif, seperti berbikini, minum arak dan memeluk anjing, juga mampu menimbulkan keraguan terhadap calon kerana beliau tidak dikenali oleh orang tempatan.

Kelima, calon BN telah mendapat sokongan padu dari jentera UMNO/kerajaan yang tidak hiraukan isu agama (hudud) mahupun bangsa (bukan Melayu). Walaupun Mah dari Gerakan, parti yang mengugut untuk mendakwa PAS sekiranya membawa usul hudud ke Parlimen, namun ia tidak menjadi isu kepada petugas UMNO.

Namun, ianya menjadi penghalang kepada petugas PAS apabila Dyana menyebut walaupun tidak menentang hudud tetapi tidak akan menyokong usul hudud yang akan dibawa Ahli Parlimen PAS.

Maka psy-war UMNO lebih berkesan di kalangan sebahagian petugas PAS berbanding arahan Presiden sendiri. Begitu juga, DAP menghadapi sedikit masalah dalaman apabila Dyana dicalonkan kerana DAP Teluk Intan pada asalnya mempunyai calon lain. Walaupun ianya dapat diatasi kemudiannya tetapi masa terbuang pada peringkat awal tempoh berkempen.

Dengan segala halangan seperti di atas, pencapaian Dyana tetap boleh dibanggakan. Jumlah 238 bukan sesuatu yang boleh dibanggakan BN lebih-lebih lagi bagi seorang Presiden parti yang bertanding lawan seorang novice.

Dyana telah memperlihatkan keberanian, kematangan dalam menangani segala cabaran sebagai calon DAP dan saya yakin beliau mempunyai masa depan cerah dalam politik Malaysia.

DAP pula telah membuktikan, sekali lagi, ianya sebuah parti yang tidak mementingkan bangsa calonnya tetapi prinsip dan dasar perjuangan.

DAP memperlihatkan kesungguhan kepada usaha memecahkan dakyah BN bahawa mereka parti chauvanis Cina dengan membangunkan kepimpinan Melayu muda di kalangan ahli mereka. Usaha seperti ini harus dipuji.

Dakwaan bahawa pengundi Cina sudah kembali kepada BN pada saya juga tidak mempunyai asas yang kukuh. Sebenarnya kesimpulan tidak boleh dibuat berhubung ‘peralihan sokongan pengundi’ berdasarkan PR kecil ini kerana keputusan PRk ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PRU 13 kerana terlalu banyak perbezaan.

Perbezaan dari segi jumlah keluar mengundi yang menurun dari 80% ke 67% dan faktor calon serta suasana yang berbeza dengan suasana PRU adalah perkara yang perlu diambil kira.

Oleh itu bagi mereka yang ingin mendakwa, “pilihan raya kecil Teluk Intan membuktikan orang Cina telah kembali menyokong BN”, sila imbas kembali seminggu sebelum itu yang menyaksikan BN langsung tidak berani walaupun untuk meletakkan calon di Bukit Gelugor!

* KHALID SAMAD adalah Ahli Parlimen Shah Alam

Categories
NASIONAL

Walau tidak bergelar YB, Dyana komited berkhidmat pantau janji BN

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUN: Walaupun tidak bergelar wakil rakyat, bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berusaha memastikan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji yang dibuat dalam kempen PRK baru-baru ini.

Kata Dyana, ini termasuk janji untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia yang sudah pun menerima peruntukkan pada 2012 lalu.

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100“Saya sendiri akan bersama masyarakat Teluk Intan memastikan pembinaan SMK Kampung Bahagia yang diberi peruntukan pada 2012 dan sepatutnya dibina pada 2014 tetapi masih belum dikotakan.

“Sudah tiba masa untuk BN merealisaasikan semua janji pilihan raya termasuk kemudahan jalur lebar, lebuh raya RM5 bilion, universiti dan sebagainya sebelum pilihan raya umum ke 14,” kata Dyana ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Tambah beliau, BN sepatutnya melaksanakan pembangunan secara berterusan, bukan hanya apabila diadakan PRK sahaja.

Ketika menyentuh penglibatan dalam politik pasca PRK Teluk Intan, selain meneruskan khidmat kepada masyarakat Teluk Intan, Dyana juga memfokuskan isu yang menyentuh kepentingan anak muda negara ini.

“Saya akan terus berkhidmat atas platform DAP dan memberi fokus kepada negeri Perak khususnya Teluk Intan, anak muda dan inisiatif impian Malaysia peringkat nasional,” kata Dyana lagi.

EZY