Categories
NASIONAL

13 kawasan catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 9 JUL: Kualiti udara di seluruh negara secara puratanya dilaporkan baik, kecuali 13 kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 9 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana adalah Bakar Arang, Sungai Petani (53), Nilai (59), Port Dickson (60), Seremban (56), Balok Baru, Kuantan (54), Kemaman (51), Cheras (56) dan Putrajaya (63).

jerebu di lembah klangManakala, di Selangor pula, semua kawasan turut mencatatkan IPU sederhana iaitu Banting (70), Kuala Selangor (69), Pelabuhan Klang (78), Petaling Jaya (63) dan Shah Alam (71).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.