Categories
NASIONAL

Felexia: Sejak mengenali Islam lebih tenang & bersyukur

SHAH ALAM 4 JULAI: Model,Felixia Yeap sah memeluk Islam setelah mengucap syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail pada jam 6.30 petang,semalam

Felixia sebelum ini semasa menjadi panel jemputan anjuran Kerajaan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam berkata tarikh 5 Ramadan bersamaan 3 Julai dipilih untuk mengucap syahadah adalah bersempena ulangtahun kelahirannya.

photo1-3“Jam 6.30 petang, saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail.

“Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini,” katanya di laman Facebook.

Beliau turut mengucapkan syukur atas kehadiran rakan-rakan yang turut sama menyaksikan hari bersejarah baginya.

Beberapa portal menyebut beliau bakal menggunakan gabungan dua nama, di mana salah satunya adalah ‘Rania’.

Memetik tulisan di blognya, Felexia berkata sejak beberapa bulan ini beliau bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya.

“Hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi…saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

felex“Tetapi syukur Alhamdullilah…saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah,” tulisnya.

Tulisnya, beliau bertuah kerana dikurniakan ibu merestui keputusannya memeluk Islam.

“Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik, ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.

Katanya, sejak mula mengenali Islam beliau lebih redha, tenang dan senang bersyukur dengan hidup serba sederhana.

“Sepanjang hampir tujuh bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.

“Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat,” tulisnya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.